600 ahli TAWAS di DUN Kajang terima bantuan beg sekolah, alat tulis

SHAH ALAM, 19 FEB : Seramai 600 ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang lahir pada 2015 menerima bantuan persekolahan.

Wakil rakyatnya Hee Loy Sian berkata bantuan beg sekolah dan kelengkapan alatan tulis bertujuan menceriakan mereka untuk memulakan sesi persekolahan.

“Bantuan Kerajaan Negeri ini bagi meringankan beban keluarga membuat persiapan sekolah anak. Harga beg sekolah sahaja pun agak mahal ketika ini.

“Saya berharap serahan beg ini juga menjadi pembakar semangat buat anak-anak yang pertama kali memasuki alam persekolahan tahun ini,” katanya kepada Selangorkini.

Pada 4 Disember tahun lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan seramai 44,484 ahli TAWAS seluruh negeri menerima bantuan persekolahan tahun ini.

Ahli Dewan Negeri Kajang Hee Loy Sian menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kajang pada 19 Februari 2023. Foto Facebook Hee Loy Sian

The post 600 ahli TAWAS di DUN Kajang terima bantuan beg sekolah, alat tulis appeared first on Selangorkini.