Belanjawan 2023: Apa manfaat orang ramai dapat?

SHAH ALAM, 24 FEB: Belanjawan 2023 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyediakan pelbagai bentuk kebajikan kepada segenap lapisan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Bertema Malaysia Madani, belanjawan tersebut memperuntuk dana RM388.1 bilion iaitu RM289.1 bilion untuk belanja mengurus dan RM97 bilion belanja pembangunan.

Berikut ringkasan sebahagian manfaat yang dinikmati orang ramai:

Penjawat awam terima bantuan kewangan RM700

  • penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 selain RM350 kepada pesara pada April
  • elaun khas RM100 sehari kepada anggota mencari dan penyelamat dalam misi di Turkiye dan Syria

Tarif elektrik domestik kekal

  • tarif sedia ada kekal kepada semua pengguna domestik dan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana
  • kenaikan hanya kepada syarikat besar kecuali sektor makanan dan pertanian

Dividen 5.1 sen untuk simpanan ASB kurang RM30,000

  • simpanan kurang RM30,000 dapat dividen 5.1 sen manakala lebih RM30,000 terima 4.6 sen per unit

Tiada cukai GST

  • tiada cadangan laksana cukai barang dan perkhidmatan (GST)

Cukai Barangan Mewah

  • diperkenal tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah seperti jam tangan dan barangan fesyen mewah
  • kaji perkenal Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai 2024 pada kadar rendah

Duti eksais vape

  • dikenakan ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin untuk rokok elektronik dan vape
  • sokong ikhtiar Generational Endgame (GEG) iaitu separuh hasil duti disalur kepada Kementerian Kesihatan

Cukai perusahaan mikro kecil dan sederhana dikurang kepada 15 peratus

  • kadar ke atas pendapatan bagi 150,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus
  • beri penjimatan sehingga RM3,000 kepada setiap 150,000 pembayar cukai terawal

Bina dan naik taraf 3,000 gerai

  • bina dan menaik taraf 3,000 gerai dan kios penjaja di lokasi tumpuan

Baik pulih klinik dan sekolah daif

  • sasar siapkan segera pembaikan 400 klinik daif dan 380 sekolah daif

Batal projek tanpa tender

  • projek tebatan banjir RM15 bilion dan projek lain yang dibuat secara rundingan sebelum ini dibatal
  • projek tebatan yang ditender semula ialah Sungai Johor, Kota Tinggi (Johor), Sungai Rasau, Sungai Klang (Selangor), Sungai Golok Fasa 3 (Kelantan)

Tanggung kos ujian memandu

  • bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-panggilan ditanggung kerajaan

Bebaskan rakyat dari muflis

  • Kira-kira 130,000 individu berhutang kurang RM50,000 dibebas daripada senarai muflis

‘Kill switch’ atasi kes tipu dalam talian

  • pemilik akaun boleh membeku akaun mereka termasuk kad ATM daripada aktiviti mencurigakan

Lindungi kanak-kanak dan wanita

  • banteras aktiviti pornografi kanak-kanak
  • siasatan lebih agresif kes seksual wanita dan kanak-kanak

Pekerja dapat insentif RM600

  • Perkeso sedia insentif RM600 sebulan (selama tiga bulan) sebagai tambahan gaji
  • golongan OKU, bekas banduan, gelandangan dan penganggur tegar dapat RM600 sebulan (selama tiga bulan)
  • pekerja sampingan dapat elaun RM300 (selama tiga bulan) sertai latihan kemahiran

Lindungi hak pengguna

  • kawal syarikat sedia perkhidmatan kredit pengguna seperti syarikat pemfaktoran dan Buy Now Pay Later bagi lindungi hak pengguna

Akta kredit pengguna

  • akta jamin layanan adil serta lindungi hak rakyat dan perniagaan kawal selia perniagaan kredit dibentang tahun ini

Bantuan guaman

  • had kelayakan dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM50,000

Subsidi yuran taska

  • penjawat awam terima subsidi yuran taska RM180 sebulan
  • had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah naik daripada RM5,000 kepada RM7,000.

Percepat akses 5G

  • kemudahan jaringan internet 47 kawasan perindustrian dan hampir 3,700 sekolah
  • sasar 80 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk menjelang hujung tahun

Pusat ekonomi digital

  • disediakan di setiap DUN untuk bantu peniaga kecil mahir ICT, e-dagang

Basmi kemiskinan tegar

  • bantu 130,000 rakyat tersusah keluar belenggu kemiskinan

Perluas jualan Rahmah

  • tawar barangan asas pada harga sehingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran
  • diperluas ke seluruh 222 kawasan parlimen

Kebun Komuniti

  • gerakkan program pada peringkat Parlimen bagi menyokong agenda jaminan bekalan makanan

Skim perubatan untuk golongan miskin

  • kemudahan untuk golongan miskin dapat rawatan di klinik seperti amalan di Selangor

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

  • isi rumah pendapatan kurang RM2,500 terima sehingga RM2,500 (bergantung bilangan anak)
  • tambahan RM600 kepada isi rumah penerima mengikut data e-Kasih (dalam bentuk bakul makanan dan baucar)
  • belia usia 18 hingga 20 tahun terima kredit e-tunai RM200

Kadar cukai M40 dikurang 2 peratus

  • kurangkan kadar cukai pendapatan individu M40 antara 0.5 hingga 2 peratus

Potongan bayar balik PTPTN 20 peratus

  • diskaun sehingga 20 peratus bayaran balik pinjaman selama tiga bulan mulai 1 Mac
  • tangguh bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan

Tingkat elaun guru Kafa

  • dinaikkan kepada RM1,100 sebulan

Elaun khas petugas masjid

  • sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru Kafa dan guru takmir

Perumahan untuk tentera

  • selenggara rumah keluarga anggota tentera dan baik pulih kuarters kediaman dan institusi bawah Kementerian Dalam Negeri
  • bina 7,000 unit rumah mampu milik untuk anggota di Kuala Lumpur

Tingkat kemudahan PPR

  • ganti lif usang, percepat proses selenggara dan baiki
  • anjur kelas bantu anak-anak tercicir pelajaran
  • tingkat capaian internet percuma 50 PPR terpilih
  • bina beberapa PPR baharu untuk 12,400 penghuni

Cetak 20,000 al-Quran dalam bahasa asing

  • cetakan dalam bahasa Sweden dan bahasa utama dunia bagi balas kejadian bakar kitab al-Quran di Sweden

Makanan dan komputer riba untuk murid

  • 700,000 murid nikmati makanan bermasak dalam Rancangan Makanan Tambahan
  • 240,000 murid prasekolah turut terima manfaat
  • 50,000 komputer riba untuk institusi pendidikan

Bantuan untuk pesawah

  • 240,000 pesawah terima RM200 sebulan (selama tiga bulan atau semusim)

Bernas kongsi keuntungan

  • setuju kongsi keuntungan import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah

Tingkat pendapatan pekebun getah

  • naikkan Paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram
  • bantuan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 (selama empat bulan)

Pengangkutan

  • teruskan inisiatif pas bulanan My50 untuk manfaat 180,000 pengguna
  • Prasarana perkenal Pas Perjalanan Tanpa Had myBAS50 untuk manfaat rakyat Johor Bharu
  • RM150 juta untuk program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) termasuk ke Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu.

Tanggung caruman Perkeso pekerja sendiri

  • caruman individu yang bekerja sendiri ditanggung sebanyak 80 peratus
  • tingkatkan nilai sumbangan padanan i-Saraan kepada RM300 berbanding RM250 sebelum ini

Tambah simpanan KWSP

  • ahli berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan kurang RM10,000 di Akaun 1 dapat RM500

Semarak seni dan budaya

  • pengecualian duti import dan cukai jualan alatan studio dan produksi penggambaran
  • potongan cukai filem bawah Finas

Terjemah karya agung dunia

  • RM20 juta untuk penerbitan bermutu tinggi termasuk terjemahan karya dunia Melayu, Islam dan Barat
  • Dewan Bahasa dan Pustaka serta Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Jaringan jalan akses Nusantara

  • bangunkan bandar Kalabakan, Sabah serta Ba’kelalan, Sarawak untuk hubung ke Indonesia susulan perpindahan ibu negara republik itu ke Kalimantan
  • teruskan pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak-Sabah Link Road

The post Belanjawan 2023: Apa manfaat orang ramai dapat? appeared first on Selangorkini.