Hampir 4,000 warga emas DUN Rawang terima baucar beli-belah RM150

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 8 MAC: Hampir 4,000 baucar Jom Shopping diagihkan kepada ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang sejak Januari hingga minggu lalu.

Wakil rakyatnya Chua Wei Kiat berkata lebih 1,000 permohonan baharu diterima dalam tempoh dua bulan lalu.

“Jika anda berumur 60 tahun ke atas, Kerajaan Negeri ada menyediakan SMUE. Melalui skim ini, anda akan mendapat RM150 Shopping Baucar bagi setiap tahun.

“Di Rawang, kita sudah berjaya agihkan hampir 4,000 keping baucar,” katanya menerusi Facebook.

SMUE diperkenalkan lebih sedekad lalu bagi menghargai warga emas negeri ini dengan setiap ahli mendapat manfaat baucar hadiah hari jadi serta khairat kematian.

Bermula tahun ini, nilai baucar SMUE ditambah kepada RM150 berbanding RM100 sebelum ini dan jumlah sama turut diberi kepada peserta Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).

The post Hampir 4,000 warga emas DUN Rawang terima baucar beli-belah RM150 appeared first on Selangorkini.