Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik. Program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 bagi setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.

 

– Y.A.B. DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI (DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR)

SYARAT KELAYAKAN

 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  3. Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  4. Keluarga mempunyai anak.tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  5. Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 ke bawah

Terkini: Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor