
Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan ini merupakan satu program yang dirangka dengan tujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi kumpulan sasar menerusi projek ekonomi yang berdaya maju dan berpotensi untuk berkembang.
Secara langsung ia bertujuan untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin dan berpendapatan rendah.
Dengan program ini, Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menyalurkan bantuan berupa peralatan atau mesin yang diperlukan berdasarkan perusahaan / perniagaan yang sedang dijalankan.
KUMPULAN SASAR
Program ini melibatkan golongan miskin & berpendapatan rendah yang mempunyai kemahiran untuk meneruskan perusahaan dalam bidang-bidang berikut:
- Jahitan
- Perniagaan makanan
- Kraftangan

SYARAT KELAYAKAN
- Pendapatan seisi rumah RM3, 000.00 dan ke bawah ATAU
pendapatan individu RM1,500.00 dan ke bawah. - Pemastautin tetap Negeri Selangor (sekurang-kurangnya 10 tahun)
- Menjalankan aktiviti perniagaan di dalam negeri Selangor sahaja
- Telah memulakan perniagaan/ perusahaan sekurang-kurangnya 1 tahun.
SYARAT TAWARAN BANTUAN
- Bantuan akan diberikan dalam bentuk kelengkapan peralatan atau mesin.
- Bantuan peralatan atau mesin yang diberikan tidak boleh dijual, dipajak, digadai atau dipindah milik selain daripada penama yang dinyatakan di dalam surat tawaran. Sekiranya berlaku, pihak Kerajaan Negeri berhak mengambil balik bantuan peralatan atau mesin tersebut.
- Penerima bantuan hendaklah mengurus dan menyelenggara peralatan atau mesin dengan perbelanjaan sendiri (setelah tamat tempoh waranti).
- Hanya satu orang bagi satu isi rumah sahaja yang layak menerima bantuan.
- Permohonan yang telah berjaya atau yang pernah mendapat bantuan dibawah Program ‘Blueprint’ ini tidak layak memohon kali kedua.
- Peralatan atau mesin yang diperlukan perlulah berdasarkan kemahiran pemohon.
- Segala bentuk bantuan peralatan atau mesin yang ditawarkan tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai.
- Pihak Kerajaan Negeri berhak untuk menarik balik peralatan atau mesin yang diberikan sekiranya didapati penerima tidak memanfaatkan bantuan yang diberikan.
- Peralatan dan mesin yang diberikan merupakan Harta Kerajaan Negeri Selangor.
- Penerima wajib mengikuti kursus yang akan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sekiranya berjaya dalam permohonan ini.
Terkini: Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan
Sistem kumpul data penduduk miskin siap November ini
, 13 JULAI: Aplikasi pintar yang mengumpulkan data penduduk miskin di Selangor dijangka siap sepenuhnya menjelang November ini. EXCO pembangunan ...
Baca Selanjutnya
Baca Selanjutnya
Usahawan Permatang digalak mohon skim Hijrah, kembang perniagaan
SHAH ALAM, 9 JULAI: Usahawan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang digalakkan memohon pembiayaan Hijrah Selangor (Hijrah) untuk mengembangkan perniagaan ...
Baca Selanjutnya
Baca Selanjutnya
Peniaga lega dapat bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan
SHAH ALAM, 29 JUN: Bantuan RM400 kepada peniaga kecil melalui program Blueprint Pembasmian Kemiskinan melegakan golongan itu yang terjejas pendapatan ...
Baca Selanjutnya
Baca Selanjutnya
RM430,000 bantu 1,072 penerima Blueprint Pembasmian Kemiskinan
SHAH ALAM, 29 JUN: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM430,000 kepada 1,072 penerima bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan yang terjejas akibat Covid-19. EXCO ...
Baca Selanjutnya
Baca Selanjutnya
Rangka pelbagai program, Selangor mahu ubah nasib rakyat
KAJANG, 20 JAN: Selangor merangka program untuk memastikan rakyatnya keluar daripada kepompong kemiskinan, kata EXCO pembangunan sosio ekonomi dan kerajaan ...
Baca Selanjutnya
Baca Selanjutnya
Peserta Blueprint Pembasmian Kemiskinan gembira dapat bantuan
BANTING, 15 OKT: Penerima program bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan di Kuala Langat menzahirkan kesyukuran selepas menerima peralatan untuk menjalankan perniagaan ...
Baca Selanjutnya
Baca Selanjutnya
38 peserta Blueprint Pembasmian Kemiskinan terima alatan perniagaan
BANTING, 15 OKT: Seramai 38 peserta dari daerah Kuala Langat menerima peralatan bagi memulakan perniagaan melalui program Bantuan Blueprint Pembasmian ...
Baca Selanjutnya
Baca Selanjutnya
Peruntukan Blueprint Pembasmi Kemiskinan perlu ditambah
KLANG, 24 SEPT: Kerajaan Negeri disaran mempertimbangkan penambahan peruntukan bagi Program Bantuan Blueprint Kemiskinan ekoran permohonan dari usahawan kecil meningkat ...
Baca Selanjutnya
Baca Selanjutnya