
Objektif pelaksanaan Program Pemberian Air Percuma ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat Negeri Selangor, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah. Walau bagaimanapun, program ini telah dapat dinikmati oleh semua peringkat pendapatan.
Justeru itu, bagi memastikan program ini menepati objektif perlaksanaannya dan sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri ke arah perbelanjaan yang lebih berhemah. Dewan Negeri Selangor pada 23 November 2018 telah meluluskan supaya penjajaran semula Program Pemberian Air Percuma ini dilaksanakan bagi mencapai matlamat sebenar Inisiatif Peduli Rakyat Kerajaan Negeri dengan menyasarkan bantuan kepada kumpulan sasar iaitu golongan yang benar-benar memerlukan dan layak.
OBJEKTIF PROGRAM
Tujuan Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.
Program bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi cadangan penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat Selangor.

SYARAT-SYARAT
1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
2. Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM4,000 ke bawah (suami dan isteri
termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang).
3. Premis kediaman adalah meter individu.
4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.
NOTA: Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma
dibawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2021 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan
JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor(LPHS).
CARA PELAKSANAAN
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Skim Air Darul Ehsan (SADE) yang merupakan program penjajaran semula pemberian 20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar di Negeri Selangor untuk golongan yang berpendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
Skim Air Darul Ehsan telah mula dibuka pendaftarannya pada 30 September 2019 hingga 31 Disember 2019. Kepada pemohon-pemohon yang berjaya, pelaksanaan Skim Air Darul Ehsan ini bermula 1 Mac 2020.
Kini Skim Air Darul Ehsan telah dibuka semula untuk permohonan baru dan permohonan rayuan mulai 1 April 2020 sehingga Jun 2021.
Terkini: Skim Air Darul Ehsan
250,000 layak nikmati Skim Air Darul Ehsan
Baca Selanjutnya
PKP: Hantar permohonan skim air percuma dalam talian
Baca Selanjutnya
Lebih 180,000 pemegang akaun layak dapat air percuma
Baca Selanjutnya
MB: Selangor tiada hasrat henti program air percuma
Baca Selanjutnya
LHDN kaji lebih 200,000 pemohon layak terima Skim Air Darul Ehsan
Baca Selanjutnya
MB: Pendaftaran Skim Air Darul Ehsan dibuka semula selepas Mac
Baca Selanjutnya
Penduduk DUN Sementa diseru segera daftar skim air percuma
Baca Selanjutnya
Tarikh akhir daftar Skim Air Darul Ehsan 31 Disember
Baca Selanjutnya