
Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini bermula sebagai skim khairat kematian kepada warga emas dan OKU yang layak sebanyak RM2,500. Bermula pada 1 haribulan Mei 2019 program khairat kematian telah dihentikan dan diganti dengan pemberian manfaat masa hidup sebanyak RM100 setahun di dalam bentuk program baru iaitu ‘Jom Shopping’ kepada warga emas / OKU yang layak, sempena musim perayaan dan dijangka bermula pada bulan Oktober tahun 2019.
Penambahbaikan ini adalah bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor yang menghargai golongan warga emas dan mahu mereka menikmati hasil negeri semasa mereka masih hidup. Baucar Jom Shopping ini akan membantu golongan warga emas dalam membeli barang keperluan asas sebagai kelengkapan menjelang musim perayaan.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat Kelayakan Warga Emas:
- Warga Emas yang layak mendaftar adalah seorang WARGANEGARA Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas
- Samada:
- Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor ATAU
- Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 DAN sedang menetap di Negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan ATAU
- Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)

Syarat Kelayakan bagi Orang Kurang Upaya (OKU):
- Memiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Tiada had umur untuk pemohon dari kategori OKU yang lahir di Negeri Selangor
- Bagi OKU yang bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mereka hanya layak sekiranya mereka lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
- Bagi OKU yang lahir diluar Negeri Selangor mereka hanya layak sekiranya telah bermastautin melebihi 15 tahun di Negeri Selangor.
MAKLUMAN
Pengesahan taraf mastautin boleh dilakukan oleh mana-mana pihak berikut:
- Ahli Parlimen / Senator
- ADUN / Penyelaras DUN
- Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Komuniti India
- Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
- Pengerusi Taman Perumahan
- Nazir Masjid / Ketua Rumah Ibadat

Terkini: Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
Lebih 5,000 warga emas DUN Selat Klang terima Jom Shopping SMUE
Baca Selanjutnya
Tuntutan SMUE sebelum 31 Mei
Baca Selanjutnya
SMUE beri manfaat terus kepada warga emas
Baca Selanjutnya
Selangor tidak pernah mansuh SMUE
Baca Selanjutnya
Baucar Jom Shopping hargai warga emas ketika hidup
Baca Selanjutnya
ADN Sungai Ramal serah sumbangan SMUE RM80,000
Baca Selanjutnya
Rakyat Sabak Bernam dilimpahi manfaat sumbangan Kerajaan Negeri
Baca Selanjutnya
MB: Selangor era BN gagal peduli kebajikan rakyat
Baca Selanjutnya