Pelbagai program untuk rakyat kecapi kemakmuran, pelaburan masa depan

Oleh ABDUL RAHIM SABRI

Hasil kekayaan negeri digunakan seluas-luasnya untuk pembangunan yang mendatangkan manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Projek ini juga sebagai pelaburan bagi kemajuan masa depan.

Bawah kepemimpinan EXCO Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian Ir Izham Hashim dan juga EXCO Perumahan dan Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail, program penting ini berjaya digerakkan.

Program ini melibatkan bekalan air bersih, jualan murah untuk menangani kos sara hidup, perumahan bagi golongan berpendapatan rendah, pembangunan usahawan kecil dan projek pertanian.

Skim Jaminan Air Mentah (SJAM)

Pada 1990-an, Selangor berdepan krisis kekurangan bekalan air, khususnya musim kemarau. Namun, tahun-tahun kebelakangan ini menyaksikan berlaku pencemaran sungai sehingga operasi loji rawatan air (LRA) terjejas.

  • Kerajaan Negeri perkenal SJAM pada 2020
  • Rondaan 24 jam di lembangan Sungai Langat, Sungai Selangor dan Sungai Klang
  • Manfaatkan dron berteknologi tinggi bagi analisis air, awasi lokasi sumber air dan tempatkan sistem amaran awal
  • Kejadian henti tugas LRA kian berkurangan walau kes pencemaran meningkat
  • Projek pembinaan infrastruktur pengepaman dari kolam takungan Sungai Selangor siap pada 2024
  • Pinda Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999, tingkatkan denda minimum RM200,000 hingga maksimum RM1 juta & penjara mandatori bagi kesalahan pencemaran air

Jelajah Ehsan Rakyat (JER)

Penduduk tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika Jualan Ehsan Rahmah DUN Bukit Antarabangsa di tapak pasar malam Ukay Perdana, Ampang Jaya pada 27 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Kerajaan Negeri sedar dari awal kesan kenaikan kos sara hidup terhadap golongan berpendapatan rendah khususnya ketika wabak Covid-19.

  • Mulai September 2022, Selangor lancar JER
  • Lanjutan Program Agro Prihatin Selangor, diperkenal pada Jun 2021 bagi atasi lambakan hasil tani akibat pandemik
  • Bantu petani pasar produk, rakyat dapat barangan pada harga murah
  • Dijenama sebagai Jualan Prihatin Rakyat pada Februari 2022. Pelaksanaan dilanjutkan sehingga Julai 2022.
  • Sasar B40 di 56 Dewan Negeri Selangor
  • Ringankan beban rakyat dengan enam barang asas pada harga murah: ayam (1.8-2 kg), telur gred B, ikan kembung (1kg), minyak masak (5kg), beras (5kg) dan daging import (1kg)
  • RM10 juta diperuntuk fasa pertama pada September 2022 di 711 lokasi. Kira-kira dua juta individu dapat manfaat, subsidi RM4.8 juta
  • Digerakkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, empat juta peserta menerima manfaat itu sehingga Jun 2023
  • Subsidi RM34 juta antara September 2022 hingga awal Jun
  • 2,102 lokasi di seluruh negeri dengan jualan keseluruhan RM34,780,655
  • Diteruskan hingga Disember ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Rumah Selangorku & Idaman

Tinjauan Rumah Selangorku di Taman Bukit Raya, Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada 10 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Membina perumahan mampu milik untuk kehidupan lebih baik melalui program Rumah Selangorku sejak sembilan tahun lalu.

  • Keluasan minimum antara 700 hingga 1,000 kaki persegi
  • Dijual antara RM42,000 hingga RM250,000 seunit
  • Rumah Idaman dilancarkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 2019
  • Pembinaan di lokasi strategik dan harga berpatutan, dilengkapi pelbagai kemudahan
  • Setiap unit dapat dua parkir, penyaman udara di tiga bilik tidur, pemanas air di dua bilik air, kabinet dapur, televisyen, peti sejuk dan almari pakaian
  • Ada pemaju sediakan gimnasium, kolam renang, taman permainan, dewan serbaguna dan surau
  • Setakat 30 April 2023, 33,920 unit kediaman pelbagai kategori berjaya disiapkan
  • 18,291 unit lagi dalam proses pembinaan, 175,486 pula pada peringkat perancangan termasuk menunggu kelulusan pihak berkuasa tempatan
  • Dibina di lokasi strategik berdekatan sekolah, hospital dan akses jalan

Pembangunan Usahawan

Pengusaha bakeri DP Pastry House Sharmalizawati Ramle menunjukkan aneka pastri yang dijual di kedainya ketika lawatan Kembara Sukses Hijrah 2023 di Puncak Alam pada 14 Mac 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pinjaman Hijrah

Ditubuh pada 2015, Yayasan Hijrah Selangor sediakan pinjaman kewangan kepada peniaga kecil yang menghadapi masalah kekurangan modal.

  • Kelulusan sehingga RM100,000 mengikut syarat
  • Tujuh skim ditawarkan iaitu Zero to Hero, Skim Niaga Darul Ehsan (NADI), Skim Pembiayaan Digitalisasi (GO Digital), Skim i-Bisnes, Skim i-Lestari, Skim i-Agro dan Skim i-Bermusim
  • Sehingga Mac 2023, 57,738 peserta dengan dana lebih RM754 juta
  • 34,379 penerima atau 60 peratus adalah usahawan wanita

Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS)

Mensasarkan sekurang-kurangnya 100 usahawan mikro setiap tahun di sembilan daerah mendapat manfaat yang diperkenalkan sejak 2015.

  • Setiap daerah diperuntuk RM250,000
  • Setiap pemohon berpeluang terima bantuan sehingga RM30,000
  • Sehingga kini, 600 usahawan mikro dibantu

Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan

Individu berpendapatan bawah RM1,500 sebulan atau pendapatan seisi rumah bawah RM3,000 sebulan boleh mohon.

  • Belanjawan Selangor 2023 sedia RM2 juta
  • Bantuan dalam bentuk peralatan atau mesin perniagaan
  • Had siling permohonan RM10,000 seorang
  • Antara 2017 hingga 2022, lebih 2,300 peniaga kecil dapat manfaat

Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA)

Bagi memenuhi Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021 – 2025, PeTA disediakan dan dipecah kepada sembilan kluster, antaranya:

  • Agro Prihatin urus lambakan hasil pertanian dan beri bantuan kepada petani, penternak, nelayan dan penggerak industri asas tani
  • Agro Komuniti libatkan kebun komuniti di bandar membabitkan mahasiswa dan murid
  • Pusat Kecemerlangan Pertanian (ACE) diwujudkan bagi tingkat kajian pengeluaran benih tanaman, baka ternakan dan pengurangan kos input
  • Agropreneur Selangor mendaftar lebih ramai usahawan melalui program Ikon Selangor dan Agro Pelancongan melalui kehadiran pelawat ke lokasi pertanian

Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA)

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan Agro Pelancongan Sungai Panjang ketika melawat reruai Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (Sabda) sempena Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 15 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1), SABDA antara tiga wilayah pembangunan yang bertujuan merangsang pertumbuhan ekonomi melalui lima aktiviti teras iaitu:

  • Tambah komoditi bernilai tinggi dan tingkatkan tahap produktiviti dengan penggunaan teknologi pertanian terkini
  • Bangunkan pertumbuhan rantaian industri serta cipta peluang pekerjaan dan pasaran
  • Bangunkan produk pelancongan berkaitan agropelancongan dan ekopelancongan
  • Tarik perhatian pelaburan baharu untuk bangunkan perindustrian hiliran
  • Bangunkan infrastruktur dan kemudahan awam
  • Di atas 1,137 hektar tanah, jangka terima pelaburan RM1.9 bilion
  • Hasil diunjurkan kira-kira RM248 juta setahun
  • Kira-kira 3,600 peluang pekerjaan diwujudkan

The post Pelbagai program untuk rakyat kecapi kemakmuran, pelaburan masa depan appeared first on Selangorkini.