Dana Usahawan Mikro Selangor merupakan program khas anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor bagi membantu usahawan-usahawan Industri Mikro di negeri Selangor meningkatkan hasil jualan sekaligus melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.
Bagi tujuan dana ini, definisi Industri Mikro adalah perusahaan yang diusahakan di kampung, pekan ataupun bandar yang telah beroperasi untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun dari tarikh permohonan dan masih aktif menjalankan perniagaan dengan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM300,000.00 dan mempunyai 2 hingga 5 orang pekerja.
Jumlah bantuan yang ditawarkan di bawah program ini adalah tidak melebihi RM30,000.00 per rumah atau per syarikat (tertakluk kepada kelulusan) dan boleh ditarik balik sekiranya tiada peningkatan produktiviti/pendapatan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh penerimaan bantuan.
Bentuk bantuan yang ditawarkan adalah (tetapi tidak terhad kepada) pengujian produk (termasuk nutrisi), pendaftaran produk (termasuk cap dagang), pembelian mesin/peralatan/perkakasan, pencarian dan pendaftaran paten, perlindungan harta intelek (IP), mendapatkan pensijilan halal dan sistem pengurusan kualiti seperti HACCP dan lain-lain dan kos berkaitan bagi mematuhi keperluan pensijilan, menyertai aktiviti-aktiviti promosi seperti pembiayaan penyewaan ruang pameran di luar negara dan lain-lain yang dipersetujui dan diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor/Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Dana Usahawan Mikro Selangor.
Permohonan ini dibuka sepanjang tahun dan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Jika pemohon tidak menerima jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan, maka permohonan dianggap tidak berjaya.
SYARAT KELAYAKAN
- Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Selangor ATAU telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun
- Berumur di antara 18 hingga 55 tahun
- Permohonan di atas nama Persatuan ataupun Pertubuhan tidak akan dipertimbangkan
- Perusahaan yang diusahakan telah beroperasi di Negeri Selangor untuk tempoh sekurang-kurangnya dua (2) tahun dari tarikh permohonan dan masih aktif menjalankan perniagaan dengan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM300,000.00
- Mempunyai 2 hingga 5 orang pekerja; Konsisten dari segi pengeluaran
- Perusahaan yang dijalankan adalah sepenuh masa (kecuali bagi perusahaan secara atas talian)
- Pemohon yang berjaya hanya layak menerima bantuan ini sekali sahaja.
Terkini: Dana Usahawan Mikro Selangor
EXCO: Tingkat produktiviti usahawan, bantuan RM30,000 alatan niaga diteruskan
Baca Selanjutnya
Penternak lembu tenusu gembira terima bantuan bilah mesin pencincang
Baca Selanjutnya
Sasar lebih ramai pengusaha makanan guna teknologi retort
Baca Selanjutnya
Rantaian E-Bekalan Digital Selangor dilancar esok
Baca Selanjutnya
Makanan Jawa mampu popularkan Kuala Langat
Baca Selanjutnya
Koperasi Penanam Sawit Mampan tingkat sosioekonomi pekebun kecil
Baca Selanjutnya
MB : Bantu tingkat potensi usahawan IKS Sepang
Baca Selanjutnya
Muktamad RCEP bentuk kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia
Baca Selanjutnya