Program Skim Hijrah Selangor merupakan Projek Penyelidikan Tindakan (Action Research Project) dengan tujuan melebarkan golongan kelas pertengahan di Negeri Selangor. Hasrat ini diharapkan boleh dicapai melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil di negeri Selangor.

 

Pihak Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YAQS) atau kini dikenali sebagai Yayasan Hijrah Selangor, ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor. Manakala pihak kerajaan Negeri Selangor bertindak sebagai penganjur program dan memberi modal pusingan pelaksanaan program sejumlah RM100,000,000.00.

 

SYARAT KELAYAKAN

Penjaja dan Peniaga kecil yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut berhak menyertai program Skim Hijrah Selangor:

 

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun
  2. Memiliki premis perniagaan yang khusus
  3. Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah
  4. Tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
  5. Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu masa
  6. Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu isi-rumah
  7. Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu perniagaan perkongsian

 

Untuk maklumat lanjut hubungi:
Yayasan Hijrah Selangor
Tingkat 2,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-5521 2458 / 03-5519 1692

Faks: 03-5521 2458

http://www.hijrahselangor.com/

https://www.facebook.com/hijrahselangor

Dapatkan ringkasan maklumat berkaitan program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat. Klik di sini

Terkini: Skim Hijrah Selangor

Pakej Rangsangan Selangor Prihatin ringankan beban rakyat terjejas wabak

Susulan wabak Covid-19 yang semakin serius dan Perintah Kawalan Pergerakan yang diperkenalkan antara 18 hingga 31 Mac, kerajaan Selangor mengumumkan ...
Baca Selanjutnya

HIJRAH lonjak 80 peratus pendapatan usahawan

GOMBAK, 9 NOV: Pelbagai program pembangunan usahawan dilaksana Kerajaan Negeri berjaya melonjakkan pendapatan golongan terbabit sehingga 80 peratus. Dato’ Menteri ...
Baca Selanjutnya

KoHijrah tawar pembiayaan ATV khas untuk peladang

SHAH ALAM, 8 OGOS: Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KoHijrah) memperkenalkan skim pembiayaan terbaharu, kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi ...
Baca Selanjutnya

45,668 usahawan terima manfaat HIJRAH

SHAH ALAM, 25 JULAI: Seramai 45,668 usahawan menerima manfaat daripada Hijrah Selangor (HIJRAH) dengan pengeluaran pembiayaan RM450 juta, sehingga kini ...
Baca Selanjutnya

MB: HIJRAH jadi rujukan Melaka dan Wilayah Persekutuan

SHAH ALAM, 25 JUL: Dato’ Menteri Besar melahirkan rasa bangga apabila model Yayasan Hijrah Selangor (HIJRAH) menjadi sumber rujukan Melaka ...
Baca Selanjutnya

Selangor tingkatkan kemahiran pekerja tempatan

OLEH NAZLI IBRAHIM SUBANG JAYA, 30 JUN: Modal insan di Selangor akan ditingkatkan kualiti dalam aspek kemahiran dan pengetahuan bagi ...
Baca Selanjutnya

Turun padang beri pendedahan Skim Pinjaman Asas

OLEH NORHAYATI UMOR KAJANG, 30 JUN: Hijrah Selangor cawangan Hulu Langat proaktif turun padang ke tiga Dewan Undangan Negeri bagi ...
Baca Selanjutnya

HIJRAH landasan terbaik lebar perniagaan

OLEH NORHAYATI UMOR KAJANG, 30 JUN: Peluang pembiayaan yang ditawarkan Hijrah Selangor (HIJRAH) digunakan sepenuhnya Mohd Khairul Amru Khamis melebarkan ...
Baca Selanjutnya