Blog

Apps-100 bantu IKS bangun e-dagang

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 14 SEP: Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor bakal melaksanakan program ‘Apps-100’ secara percuma dalam membantu usahawan muda dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) membangunkan perniagaan e-dagang dan dalam talian di negeri itu.

Exco Pelaburan, Perindustrian IKS, Perdagangan, dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim berkata melalui aplikasi itu, Kerajaan Negeri membantu usahawan memasarkan perniagaan mereka terus ke hadapan.

“Melalui Pusat Maklumat Teknologi dan Perdagangan (SITEC) ditugaskan membangunkan Selangor sebagai hab perdagangan serantau.

photo APPS“Dengan adanya aplikasi ini, ia akan menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana di negeri ini untuk menerima e -dagang dan meluaskan pasaran mereka dalam dunia tanpa sempadan,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Aplikasi itu di Bilik Gerakan M-TES, di sini.

Chang Khim berkata sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi membangunkan ‘Apps-100’.

Katanya, jumlah itu merangkumi RM20,000 bagi setiap syarikat IKS termasuk penyediaan reka bentuk dan susun atur.

“Mereka diberikan latihan oleh SITEC supaya memahami proses pengendalian perniagaan ini selepas aplikasi dilaksanakan.

“Setakat ini, kita menerima 15 permohonan dari usahawan IKS untuk menyertai program ini,” katanya.

Beliau menjangkakan usaha program itu dapat dilaksanakan dalam tempoh setahun.

“Kita mengalu-alukan usahawan berminat asalkan menepati kriteria ditetapkan.

“Antaranya, syarikat itu ditafsirkan sebagai IKS mengikut garis panduan Kerajaan Pusat.

“Produk dan perkhidmatan mereka mesti sesuai untuk dilaksanakan e-dagang dan tidak melebihi tiga tahun. Itu kerana usahawan yang melebihi tiga tahun kedudukan kewangan sudah tentu stabil,” katanya.

Aplikasi mudah alih itu boleh didapati melalui Android dan Apple store.

EZY