Blog

MB: Selangor jalankan pelbagai program tingkat ekonomi belia

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 SEPT: Kerajaan Negeri sentiasa berusaha menambahbaik taraf ekonomi anak muda dengan pelbagai program seperti menganjurkan Karnival Kerjaya.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, karnival anjuran Exco Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Selangor (JTK) dan Job Malaysia itu menawarkan 5,782 tawaran kekosongan jawatan.

“Program dilaksanakan ini berjaya melibatkan bilangan pengunjung seramai 3,416 orang untuk mengisi 5,782 tawaran kekosongan jawatan di mana kesan daripada pelaksanaan program ini, seramai 847 orang telah berjaya mendapat pekerjaan pada hari tersebut.

“Program Karnival Kerjaya (Job Fair) ini juga telah diadakan di daerah-daerah seperti Kuala Langat dan Kuala Selangor dengan sambutan menggalakkan dengan pengunjung melebihi 1,000 orang setiap daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Persidangan Dewan Negeri Selangor Yang Ke-14 Tahun 2018 di Bangunan Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Amirudin berkata, selain mengadakan Karnival Kerjaya, Kerajaan Negeri turut mengadakan program dan bantuan bagi tujuan memberi pendedahan kepada golongan belia yang berminat menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.

Beliau berkata, program diadakan adalah Dana Usahawan Mikro Selangor, pameran atau Ekspo, karnival Usahawan, kursus, Program Peningkatan Keupayaan Reka Bentuk Pembungkusan Produk Usahawan Negeri Selangor (4P) dan Program Hijrah Selangor.