Inisiatif Peduli Rakyat

Kerajaan Negeri Selangor menawarkan air bersih sebanyak 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen setiap bulan secara percuma untuk rakyat.

Faedah ini adalah untuk semua tanpa mengira taraf ekonomi, kaum, fahaman politik, asalkan tinggal di Selangor, berhak mendapat air percuma tersebut, setiap bulan.

OBJEKTIF PROGRAM

Tujuan Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.

Program bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi cadangan penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat Selangor.

SYARAT-SYARAT

Mereka yang berkelayakan untuk memohon Skim Air Darul Ehsan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
  2. Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (pendapatan suami dan isteri, tiada pasangan atau bujang) .
  3. Premis kediaman adalah meter individu dan meter pukal (Pangsapuri Kos Rendah).
  4. Penghuni Pangsapuri Kos Rendah yang menerima bekalan air melalui meter pukal perlu mendapat pengesahan Badan Pengurusan Bersama (JMB) / Perbadanan Pengurusan (MC).
  5. Pemohon hanya boleh memohon untuk satu (1) akaun / premis sahaja.

CARA PELAKSANAAN

Semenjak April 2010, Kerajaan Negeri Selangor menanggung kos pembayaran kepada SYABAS bagi 20 meter padu pertama atau purata rebat sebanyak RM11.40 sebulan bagi setiap pengguna domestik bermeter individu berdasarkan bil penama pengguna air di negeri Selangor. Rekod pembayaran oleh Kerajaan Negeri Selangor ini tercatat di setiap bil penggunaan air SYABAS yang diterima oleh pengguna yang layak setiap bulan.

Terkini: Skim Air Darul Ehsan

Air Percuma: “Kalau negeri BN ikut, ‘ghuyup!’

OLEH NAZLI IBRAHIM GOMBAK, 27 APR: Kerajaan Negeri membelanjakan RM180 juta setahun bagi membiayai skim pemberian air percuma untuk rakyat ...
Baca Selanjutnya

Selangor tetap salur air percuma walaupun musim kering

OLEH ERMIZI MUHAMAD PAHANG, 19 NOV : Kerajaan Selangor tidak akan menghentikan pelaksanaan dasar pemberian air percuma kepada rakyat seluruh ...

[Ucapan] Belanjawan 2018 Negeri Selangor

OLEH: DATO’ MENTERI BESAR, DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI 1. Alhamdulillah, perjalanan 3 tahun 1 bulan 11 hari yang bermula ...
Baca Selanjutnya

[Ucapan] Belanjawan 2018 Negeri Selangor

OLEH: DATO’ MENTERI BESAR, DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI 1. Alhamdulillah, perjalanan 3 tahun 1 bulan 11 hari yang bermula ...
Baca Selanjutnya

Ramai cemburu Skim Peduli Sihat

OLEH LIZAWATI MADFA SHAH ALAM, 3 OGOS: Seramai 34,780 sudah berdaftar di bawah Kategori Khas untuk Skim Peduli Sihat, setakat ...
Baca Selanjutnya

Ramai cemburu Skim Peduli Sihat

OLEH LIZAWATI MADFA SHAH ALAM, 3 OGOS: Seramai 34,780 sudah berdaftar di bawah Kategori Khas untuk Skim Peduli Sihat, setakat ...
Baca Selanjutnya