Blog

HIJRAH perkenal tiga produk baharu pada 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 DIS: Skim mikrokredit Hijrah Selangor (HIJRAH) akan memperkenalkan tiga produk utamanya, pada awal tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslim Md Akhir berkata, produk berkenaan membabitkan pinjaman bermusim, inkubator, dan Smart Partnership.

“HIJRAH akan memberi pinjaman bermusim RM1,000 hingga RM5,000 kepada mana-mana usahawan yang berminat untuk menjalankan perniagaan ketika musim perayaan.

“Terdapat permintaan dari peniaga yang memerlukan modal tambahan, justeru melalui pinjaman ini, mereka boleh menambah modal dan membuat bayaran semula dalam tempoh tiga hingga enam bulan,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, bagi program inkubator, katanya, HIJRAH akan membimbing usahawan baru atau lama dengan memberi latihan bersama agensi lain.

“Kita juga akan merancang kolaborasi bersama syarikat besar untuk membolehkan peserta dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan dibantu syarikat berkenaan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, peruntukan tambahan RM25 juta oleh Kerajaan Negeri akan digunakan sebaiknya bagi memantapkan lagi program ‘Zero to Hero’.

Pada suku ketiga 2018, HIJRAH menyalurkan modal pinjaman kepada 54,609 usahawan dengan nilai pinjaman RM405.47 juta.

Daripada dana RM185 juta, HIJRAH berjaya menyalurkan gandaan pinjaman kepada RM405.47 juta.