
Pengenalan Skim Insurans Peduli Sihat
Di bawah Strategi Ketiga: Mewujudkan Selangor yang Selamat, Sihat dan Sejahtera, YAB Dato’ Menteri Besar telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM42.5 juta bagi Skim Insurans Peduli Sihat (SPS) yang akan memberi manfaat kepada 85,000 penerima polisi insurans.
Di bawah program Skim Insurans Peduli Sihat, pemegang polisi layak mendapat manfaat rawatan kesihatan asas setiap tahun dan perlindungan insurans asas meliputi perlindungan kematian, kemalangan dan penyakit kritikal.
Pelaksanaan skim ini akan mengurangkan kebergantungan di klinik/hospital kerajaan di samping membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi keluarga berpendapatan rendah dan melindungi keluarga ini dengan manfaat insurans asas.
Manfaat Skim Insurans Peduli Sihat
Dibawah Skim Insurans Peduli Sihat ini, penerima polisi akan menerima manfaat-manfaat seperti berikut:

Bil |
Perkara |
Manfaat |
1. | Kematian / Hilang Upaya Akibat Kemalangan (1 ahli keluarga sahaja bagi setiap tahun polisi) | RM5,000 sekali setahun |
2. | Perbelanjaan Pengebumian (1 ahli keluarga sahaja bagi setiap tahun polisi) | RM1,000 sekali setahun |
3. | Kritikal (bagi ketua keluarga sahaja dan tidak meliputi penyakit sedia ada) | RM5,000 sekali setahun |
4. | Kematian Akibat Semula jadi (Life Assurance)/ Hilang Upaya Kekal (Total Permanent Disability) (bagi ketua keluarga sahaja) |
RM2,000 sekali setahun |
5. | Rawatan Pesakit Luar | |
Butiran | Rawatan Kesihatan Asas (Kadar) | |
Had Tahunan Kategori Individu | RM200* | |
Had Tahunan Kategori Keluarga | RM500* | |
Had Gunaan Setiap Kali Rawatan | RM70 |
* Termasuk suntikan vaksin Pneumococcal, Meningococcal, Typhoid, Influenza, Hepatitis B sebanyak satu kali setiap tahun.
KRITERIA KELAYAKAN
Skim Insurans Peduli Sihat ini terbuka kepada mereka yang layak mengikut kriteria yang telah ditetapkan bagi kategori keluarga dan individu seperti berikut :
Keluarga
- Untuk suami dan / atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun).
- Warganegara Malaysia dan merupakan pengundi berdaftar di Dun Selangor.
- Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pendapatan isi rumah sebulan kurang daripada RM2,000
- Berdaftar sebagai penerima BSH dibawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin tegar di pangkalan data eKasih.
Individu
- Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan.
- Warganegara Malaysia dan merupakan pengundi berdaftar di Dun Selangor.
- Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pendapatan individu sebulan kurang daripada RM1,500.
- Berdaftar sebagai penerima BSH dibawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin tegar di pangkalan data eKasih.
Terkini: Skim Insurans Peduli Sihat
Rakyat Selangor disaran manfaatkan Skim Insurans Peduli Sihat
Baca Selanjutnya
Ketua kampung diberi Kad Peduli Sihat secara automatik
Baca Selanjutnya
Hargai kepelbagaian budaya dan kepercayaan demi kemakmuran- MB
Baca Selanjutnya
Perutusan Dato’ Menteri Besar sempena Tahun Baru Cina
Baca Selanjutnya
MB: Sambung legasi pastikan Selangor terus gah
Baca Selanjutnya
Bendung diabetes, peruntukan Skim Peduli Sihat ditingkat
Baca Selanjutnya
Tiada program khas buat `ibu tinggal’ Selangor
Baca Selanjutnya
40,469 ketua isi rumah daftar e-Kasih
Baca Selanjutnya