Blog

Program Blueprint RM2 juta, Hijrah RM100 juta bantu basmi kemiskinan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 MEI : Para peniaga yang ingin mengembangkan perniagaan bagi menambah pendapatan disarankan supaya memohon bantuan Blueprint diperkenalkan Kerajaan Selangor.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau, berkata program pembasmian kemiskinan menyasarkan golongan berpendapatan rendah itu terus giat dijalankan dan menerima sambutan menggalakkan.

PC YB Ganabatirao (1)Katanya peniaga mempunyai pendapatan bulanan kurang RM1,500 sebulan boleh membuat permohonan bantuan berkenaan di Pejabat Tanah.

“Kita membantu peniaga mendapatkan peralatan diperlukan bagi membolehkan mereka menambah pendapatan sesuai dengan perbelanjaan keluarga masing-masing.

“Ribuan peniaga sudah menerima bantuan daripada program ini dan mereka tidak perlu bayar semula,” katanya kepada Selangor Kini.

Ganabatirau berkata buat masa ini sebanyak RM2 juta diperuntukkan di bawah stanco kemiskinan dan beliau berharap peruntukan itu ditambah dalam Belanjawan Selangor akan datang.

“Program ini perlu diperkasakan dengan bajet lebih tinggi memandangkan ia adalah bantuan sangat popular di bawah stanco kemiskinan,” katanya yang juga Adun Kota Alam Shah.

Blueprint adalah bantuan perniagaan dalam bentuk barangan kepada golongan peniaga di Selangor dengan peruntukan tahunan RM2 juta bagi memajukan perniagaan dijalankan mereka.

Sementara itu, katanya program insentif Hijrah turut membantu melonjakkan golongan miskin berhijrah memasuki kumpulan berpendapatan menengah.

Katanya melalui bantuan ini peniaga boleh meluaskan perniagaan mereka dengan meningkatkan keuntungan bagi menambah baik nasib keluarga.

“Program Hijrah memberi bantuan kewangan antara RM3,000 kepada RM50,000 melalui beberapa syarat perlu dipatuhi membantu golongan bawahan menambah pendapatan dan mendapat bantuan kewangan dengan cara mudah dan efisyen,” katanya.

Hijrah diperkasakan melalui Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM100 juta.

EZY