Blog

Exco: Bantuan pendidikan RM22 juta mula diagih

AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 MEI: Agihan peruntukan RM22 juta bagi Tabung Biasiswa dan Sara Diri sudah dimulakan bagi mengelakkan keciciran pelajar ke institusi pengajian tinggi.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia membabitkan mahasiswa Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

“Kita tidak mahu ada keciciran pelajar sebab pendidikan adalah bidang asas mengangkat martabat bangsa.

“Kini dalam proses membaiki cara penyampaian dana untuk memastikan ketelusan supaya sampai kepada sasaran.

“Agihan dibuat dengan permulaan bantuan sara diri sementara tabung biasiswa kita akan adakan satu pelancaran rasmi dalam masa terdekat,” katanya kepada Selangor Kini.

Kerajaan Selangor komited membangunkan bidang pendidikan dengan peruntukan hampir RM50 juta seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2015.

Beliau berkata, bantuan kerajaan bermula di peringkat asas melalui Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.

“Fokus diberi ke semua peringkat pendidikan, bermula paling asas iaitu Skim Tunas, kemudian bantuan menerusi persekolahan dan masuk universiti,” katanya.