Blog

Contohi Selangor peruntukan tertinggi martabat wanita

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 NOV: Kerajaan Negeri lain wajar mencontohi Belanjawan 2017 Selangor yang menyediakan peruntukan tertinggi untuk program melibatkan kaum wanita di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang, Pulau Pinang, Chong Eng dalam lawatannya ke Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini berkata jumlah yang tinggi itu signifikan kepada jumlah ADN paling ramai di Selangor.

“ADN di Selangor paling ramai wanita iaitu 15 kesemuanya dan dengan adanya ramai ADN wanita dan ini signifikan dengan peruntukan untuk wanita dalam Belanjawan 2017 Selangor,” kata Chong Eng pada sidang media di Lobi Bangunan Annex, DNS di sini, hari ini.

Jelasnya, beliau juga tertarik dengan Program Pusat Wanita Berdaya (PWB) dan Skim Kesihatan Wanita: Mammogram Selangor (MammoSEL).

Katanya, beliau turut kagum apabila PWB menerima peruntukan RM9 juta dan RM1 juta untuk meneruskan program MammoSel.

“Kerajaan Pulau Pinang sendiri sehingga kini belum mencapai jumlah seperti diterima di Selangor,” katanya.

Chong Eng menambah, Kerajaan Negeri lain wajar menjadikan PWB Selangor contoh dengan menubuhkan pusat seumpamanya di negeri masing-masing.

Turut hadir dalam sidang media itu, Speaker DNS, Hannah Yeoh; Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi; ADN Selat Klang, Dr Halimah Ali, ADN Batu Tiga, Rodziah Ismail, ADN Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan dan lain-lain.

EZY