Blog

62 wanita DUN Morib sertai MammoSel

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 2 APR : Seramai 62 wanita mengambil peluang menjalani Program Saringan MammoSel Dun Morib di Columbia Asia Hospital di Shah Alam, semalam.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita & Keluarga Negeri Selangor, YB Dr Daroyah Alwi berkata, program di bawah agenda Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) itu turut mendapat kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) dari semua DUN.

Katanya program itu adalah untuk meningkatkan kesedaran wanita dalam menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Seluruh wanita di Selangor disarankan menyertai program ini bagi memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum.

“Kerajaan Negeri amat menitikberatkan soal kesihatan terutama golongan wanita,” katanya dalam kenyataan.

-nR-