Blog

Khairat kematian era BN RM1,000 tapi RM500 dilesapkan?

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 3 APR: Waris si mati kecewa apabila wang khairat kematian RM1,000 yang sepatutnya menjadi hak mereka didakwa dirampas individu di peringkat bahagian sebuah parti politik.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha berkata, perkara ini kerap diberitahu penduduk sejak Pakatan mengambil alih Kerajaan Negeri pada Mac 2008.

“Mereka janjikan RM1,000 tetapi hanya dapat RM500 sahaja, lagi RM500 di ambil oleh orang di bahagian,” katanya ketika mencelah penggulungan perbahasan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

Daroyah menggulung perbahasan pada Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-13 Tahun 2017 Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Sementara itu, ADN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman menyarankan supaya Daroyah tidak melayani tuduhan yang dibuat ADN pembangkang berhubung isu dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

“Tak perlu layan pembangkang. Laporan dah dibuat, biarkan sahaja pihak bertanggungjawab jalankan siasatan mereka. Tiada apa yang kita perlu bimbangkan,” katanya.

-nR-