Blog

UNISEL orak langkah peneraju transformasi pendidikan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 JAN: Universiti Selangor (UNISEL) mengorak langkah untuk terus mendukung visi peneraju transformasi pendidikan tinggi negara, pada tahun ini.

Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, antara sasaran utama
untuk memastikan lebih banyak penyelidikan dan penerbitan dijalankan oleh fakulti.

Beliau turut menyarankan tenaga pengajar memperbanyakkan projek penyelidikan dengan sasaran minimum 20 geran kebangsaan, lima geran industri, tiga geran antarabangsa dan 100 geran bestari.

“Pada 2017, UNISEL mencatat pelbagai kejayaan kerana pembabitan semua staf dalam aktiviti universiti yang menjadi mercu tanda kejayaan, antaranya Hari Terbuka UNISEL, Program Bina Insan, Hari Keluarga, Larian UNISEL dan Soul Station Oasis.

“Semua program ini memberi gambaran baik kepada masyarakat terhadap tahap keberadaan universiti yang semakin baik dari sudut persepsi.

“Selain itu, turut menyaksikan pelbagai inisiatif diberi kepada staf antaranya kenaikan pangkat, pembayaran gaji pokok minimum, bonus hari raya dan bantuan persekolahan sebagai batu loncatan kepada warga universiti untuk terus memberikan khidmat cemerlang,” katanya pada Majlis Amanat Tahunan, baru-baru ini.

Sementara itu, Mohammad Redzuan menzahirkan penghargaan terhadap Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang memperuntukan kira-kira RM37 juta bagi Belanjawan 2018 kepada Unisel.

“Bagi maksud ini, proses transformasi universiti akan diteruskan pada tahun ini dengan kerja ubah suai yang akan dimulakan di Pusat Sukan kampus Bestari Jaya, bangunan Canseleri dan projek pintu gerbang baharu,” katanya.

Beliau berkata antara projek lain adalah penambahbaikan infrastruktur serta tambahan kemudahan kepada pelajar dan staf yang sedang giat dijalankan, di kampus Bestari Jaya dan Shah Alam.

Katanya, ia membabitkan projek pemasangan chiller baharu, pembangunan infrastruktur, penanaman 2,000 pokok dan pengindahan tasik yang bakal menjadi ikon baharu UNISEL selepas ini.