Selangor belanja besar, kongsi hasil negeri untuk semua

Di mana tumpahnya kemajuan Selangor, kalau tidak kepada rakyatnya. Nikmat peningkatan ekonomi negeri dipulangkan semula kepada penduduk menerusi lebih 45 program kebajikan.

Menerusi Iltizam Selangor Penyayang (ISP), Kerajaan Negeri membelanjakan lebih RM600 juta bagi membantu semua lapisan masyarakat, dari kanak-kanak hingga warga emas. Tiada golongan sasar yang tercicir.

Kejayaan ini boleh didapati dalam Laporan Pencapaian & Prestasi Kerajaan Negeri Selangor 2018-2023. Dokumen ini boleh dimuat turun di amirudinshari.com

KEBAJIKAN DAN KOS SARA HIDUP

Penduduk membeli barangan keperluan dapur program Jualan Ehsan Rakyat (JER) DUN Seri Serdang di Surau Nurul Huda, Kampung Kenangan, Puchong pada 21 Jun 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

Jualan Ehsan Rakyat

  • jualan barang asas 30 peratus lebih murah berbanding pasaran
  • dilaksana di 2,400 lokasi dan manfaatkan 4.5 juta penduduk

Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN)

  • perlindungan insurans am berkumpulan percuma
  • dilindungi sehingga RM10,000 jika hilang keupayaan kekal dan kematian sebab kemalangan

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)

  • 30,000 keluarga terima manfaat
  • bantuan RM300 sebulan beli keperluan

Pengecualian cukai taksiran

  • pengecualian taksiran rumah kos rendah dan kampung

Skim Jaminan Air Mentah (SJAM)

  • rawatan air di kolam takungan
  • bina infrastruktur pengepaman dari kolam takungan Sungai Selangor
  • pemantauan 24 jam pasukan tindakan segera

Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

  • baucar beli- belah RM150 untuk warga emas

Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS)

  • baucar beli-belah RM150 untuk OKU

Jom Shopping Perayaan

  • baucar beli-belah untuk golongan kurang mampu beli persiapan raya

Smart Selangor Parking

  • bayar parkir guna aplikasi. Dapat sambutan 2.9 juta pengguna
Penyampaian inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) ketika majlis penyerahan inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) sempena Selangor Youth Festival 2023 di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Shah Alam pada 10 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/ SELANGORKINI

Roda Darul Ehsan (RiDE)

  • pekerja p-panggilan terima RM500 serta caruman KWSP RM50

Bantuan kemanusiaan semasa pandemik

  • lebih 10,000 lesen sementara untuk peniaga semasa Covid-19

Baucar Halal Selangor

  • baucar halal RM100 untuk 2,800 penduduk pendapatan rendah

Dana Bantuan Guaman Selangor

  • khidmat guaman percuma untuk wanita dan golongan kurang mampu

Tingkat capaian internet Selangor

  • kad SIM untuk 70,000 warga Selangor nikmati internet percuma 12 bulan
Pengguna Bas Smart Selangor mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal sebelum menaiki pengangkutan awam itu di hentian bas Seksyen 13, Shah Alam pada 5 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Bas Smart Selangor

  • perkhidmatan 166 bas percuma di 50 laluan

Bina dan baik pulih rumah Orang Asli

  • peruntukan RM1 juta bina atau baik pulih rumah Orang Asli

Latihan untuk OKU

  • kursus jahitan, bakeri, pengurusan pejabat, teknologi digital untuk OKU

BELIA DAN PELAJAR

Orang ramai hadir mencari peluang pekerjaan sempena Karnival Kerjaya Mega Selangor di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 17 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Karnival Kerjaya Mega Selangor

  • tawarkan 50,000 pekerjaan
  • sasar kadar pengangguran Selangor kekal bawah empat peratus

Program Tuisyen Rakyat Selangor

  • belajar dalam talian bantu calon SPM dan murid tahun enam

Iltizam Mahasiswa Selangor

  • insentif RM1,000 kepada anak Selangor di universiti awam dan swasta

Peduli Siswa

  • bantu biaya anak Selangor belajar sijil, diploma dan sarjana muda

Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU)

  • subsidi yuran universiti untuk keluarga berpendapatan rendah dan sederhana

Iltizam Pendidikan Fardhu Ain

  • subsidi yuran KAFA RM30 sebulan manfaat 38,632 murid B40

Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor

  • latihan dan keusahawanan ikut industri dan kemahiran
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2023 di Pusat Konvensyen MBSA pada 7 Julai 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Bantuan Sekolah Negeri Selangor

  • sebanyak 988 sekolah di Selangor terima RM26.5 juta tahun ini

Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS)

  • pinjaman komputer daripada perpustakaan awam Selangor

WANITA DAN KELUARGA

Iltizam Anak Selangor

  • tabungan RM100 setahun (selama lima tahun) untuk 30,000 bayi lahir mulai 2022 dalam Sijil Simpanan Premium Nasional

Skim Bantuan Tadika Selangor

  • bantuan yuran tadika RM50 sebulan untuk anak lima dan enam tahun

Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar

  • bantuan yuran taska RM100 sebulan (anak keluarga B40 dari empat tahun ke bawah)
Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli (lima, kanan) bersama penerima bantuan makanan berkhasiat Anak Selangor Anak Sihat (ASAS). Foto Facebook Juwairiya Zulkifli

Program Anak Selangor Anak Sihat

  • bantuan makanan dan vitamin enam bulan untuk anak lima tahun ke bawah alami masalah tumbesaran

Pendidikan penjagaan kanak-kanak

  • kursus pengasuhan di rumah, memanfaat 352 wanita

Skim Kesihatan Wanita Selangor (MammoSEL)

  • pemeriksaan barah payudara percuma wanita 50 tahun ke atas

Inisiatif Halal Suri

  • bantu niaga makanan sejuk beku dengan kerjasama Koperasi Warga Hijrah Selangor
EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud (kanan) ditemani Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) Gan Pei Nei menyampaikan sijil kepada graduan Anak Istimewa Selangor (ANIS) sempena majlis perasmian sambutan Hari Kanak-Kanak anjuran YAWAS di Prasekolah ANIS Seksyen 7, Shah Alam pada 27 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS)

  • bantuan kos rawatan dan pendidikan anak OKU sehingga RM 5,000

PERUMAHAN

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama penerima kunci rumah selepas merasmikan majlis penyerahan kunci Rumah Selangorku di Taman Bukit Raya, Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada 10 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Dasar Rumah Selangorku 3.0

  • bina 60,000 rumah mampu milik menjelang 2025
  • dijual dari RM42,000 hingga RM250,000 selain dilengkapi kelengkapan asas
  • Rumah Idaman Rakyat Selangor lengkap dua parkir, penyaman udara di tiga bilik tidur, pemanas air di dua bilik air, kabinet dapur, televisyen, peti sejuk dan almari pakaian

Skim Smart Sewa

  • sewa rumah pada kadar berpatutan, 782 individu sertai skim

Skim 2STAY

  • program sewa milik golongan B40 gagal dapat pembiayaan, kurang berkemampuan atau belum ada rumah

Skim Selangorku to ownership (S2-own)

  • seramai 249 pemilik rumah setinggan mendapat Rumah Selangorku Jenis A

Insurans pangsapuri kos rendah

  • bantu penduduk baiki kediaman rosak akibat bencana
  • Selangor tanggung RM4.3 juta baik pulih pada 2022
EXCO Perumahan Rodziah Ismail (dua kiri) menandatangani plag bagi perasmian projek fizikal bandar berdaya huni (SDGS 11) di Pangsapuri Cemara Taman Bukit Segar Jaya Cheras pada 4 Mac 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Skim Ceria

  • baiki kerosakan di 48 pangsapuri kos rendah dan sederhana

Buka pasar mini murah di pangsapuri

  • kios atau pasar mini harga murah di flat terpilih bantu golongan pendapatan rendah

Bina baru dan baik pulih rumah

  • inisiatif manfaat 38 orang B40 bina dan baik pulih rumah

Tingkat kecekapan hartanah berstrata

  • lancar aplikasi pintar urus hartanah berstrata

KESIHATAN

Orang ramai menunggu giliran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma melalui program Selangor Saring peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Kemuning Utama pada 7 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Iltizam Selangor Sihat

  • perlindungan kesihatan untuk 100,000 pemegang polisi dan 150,000 ahli keluarga

Saringan kesihatan percuma (Selangor Saring)

  • ujian tekanan darah, air kencing dan kandungan gula secara percuma

Bantuan Sihat Selangor

  • rawatan dialisis, alat perubatan, katarak, pembedahan kecil dan kaki palsu

Ujian Saringan Selangor Kanser

  • ujian mammogram, prostat, kolorektal dan pangkal rahim percuma manfaat 9,014 orang

Skim rawatan jantung

  • pembiayaan rawatan jantung sehingga RM50,000

Rawatan tuberculosis

  • 2,762 pesakit tuberculosis peroleh bantuan kewangan untuk rawatan

Pemeriksaan kesihatan mata

  • 10,464 rakyat dapat pemeriksaan mata percuma

Selangor Mental Sihat (SEHAT)

  • saringan kendiri menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) mengesan tanda murung atau stres

USAHAWAN

Pengecualian fi lesen penjaja

  • pengecualian fi memanfaatkan 495,999 peniaga serta penjaja kecil
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima bantuan Hijrah Selangor ketika Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Hulu Langat di Taman Impian Ehsan, Hulu Langat pada 4 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Skim Hijrah Mikro Kredit

  • seramai 36,623 usahawan peroleh pinjaman RM5,000 hingga RM100,000

Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan

  • bantuan mesin niaga sehingga RM10,000 kepada individu pendapatan RM3,000 ke bawah

Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS)

  • bantuan hingga RM30,000. Sehingga Jun, 600 usahawan dibantu
EXCO Pembangunan Sosio Ekonomi Ganabatirau Veraman (tengah) bergambar bersama penerima bantuan blueprint selepas majilis Penyerahan Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dan Peralatan Usahawan India Selangor (i-SEED) daerah Klang di Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Klang pada 14 Jun 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pembangunan Usahawan India Selangor (i-Seed)

  • RM3.34 juta bantu seramai 639 usahawan kaum India

Selangor Youth Community (SAY) Aspire

  • bantu usahawan belia, lahirkan usahawan seperti Medics-pet, Popsmalaya dan Innersejuk

Anugerah Peniaga e-Dagang Utama Malaysia

  • penghargaan peniaga e-dagang tempatan yang berjaya, kreatif, inovatif

Kursus penyediaan makanan halal

  • kursus supaya usahawan menghasilkan produk halal

WARISAN

Warta nasi ambeng sebagai makanan warisan Selangor

  • pewartaan Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat)
  • bertujuan memulihara dan mengekalkannya sebagai makanan warisan negeri ini
EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah bersama pengunjung melihat proses penghasilan Batik Selangor pada program Kenduri dan Rewang Sekampung DUN Tanjung Sepat pada 2 Julai 2023. Foto Facebook Borhan Aman Shah

Pelancaran Batik Selangor

  • Batik Selangor bercorak bunga tanjung kelopak sembilan diisytihar Kerajaan Negeri pada 1 Disember 2022
  • corak bunga tanjung kelopak sembilan simbolik sembilan daerah di Selangor

Program Kita Rewang Sekampung

  • dilaksana di sembilan daerah dan berjaya himpunkan antara 1,500 hingga 3,000 penduduk menjayakan majlis atau kenduri
DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melihat buku Kebaya Selangor oleh Rohayu Mohd Yunus ketika melawat reruai pameran sempena Majlis Pelancaran Buku-Buku Terbitan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 8 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pelancaran buku-buku terbitan Padat

  • tujuh buku dilancar Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin iaitu Kebaya Selangor, Penyelidikan Terkini Nisan Aceh, Kesenian Telepuk Alam Melayu Selangor, Warisan Telepuk Alam Melayu, Sulaman Kelingkan Melayu, Wau Kapal dan Tarian Piring Selangor

ALAM SEKITAR

200 kilang plastik kitar semula haram ditutup

  • menerusi program pemutihan, kilang itu ditutup bermula 2019

Kempen beg plastik guna semula & Zero beg plastik

  • inisiatif kurangkan guna beg plastik
  • pelaksanaan kutipan caj beg plastik sebanyak RM0.20

The post Selangor belanja besar, kongsi hasil negeri untuk semua appeared first on Selangorkini.