Rumah idaman untuk semua, negeri bina lebih 40,000 unit dalam lima tahun

Oleh ALANG BENDAHARA & NADIAH ZAMLUS

Lebih 40,000 rumah mampu milik dibina di Selangor dalam tempoh lima tahun, paling banyak direkodkan berbanding negeri lain, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 26 Julai.

Ia bukti kejayaan memperbanyakkan rumah mampu milik oleh Kerajaan Negeri telah membuahkan hasil.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama penerima kunci rumah selepas merasmikan majlis penyerahan kunci Rumah Selangorku di Taman Bukit Raya, Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada 10 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pelbagai inisiatif disedia supaya rakyat memiliki dan mendiami rumah di Selangor dengan selesa. Sebahagian inisiatif menarik itu ialah:

Pengecualian cukai taksiran

  • pengecualian cukai taksiran rumah kos rendah dan kampung
  • babit kos kepada Kerajaan Negeri antara RM65 juta hingga RM70 juta setahun

Dasar Rumah Selangorku 3.0

  • sasar bina 60,000 rumah mampu milik menjelang 2025
  • setakat 30 April, sebanyak 33,920 unit kediaman pelbagai kategori berjaya disiapkan
  • dijual dari RM42,000 hingga RM250,000
  • dibina di lokasi strategik berdekatan pelbagai kemudahan seperti sekolah, hospital serta akses jalan mudah untuk dicapai
  • enam jenis Rumah Selangorku meliputi rumah bandar, pangsapuri dan rumah teres
  • berkeluasan antara 700 hingga 1,000 kaki persegi
  • Rumah Idaman Rakyat Selangor lengkap perabot antaranya penyaman udara di tiga bilik tidur, pemanas air di dua bilik air, kabinet dapur, televisyen dan peti sejuk

Skim Bantuan Biaya Rumah Selangor

  • inisiatif biaya 10 peratus hingga 15 peratus wang pendahuluan beli rumah mampu milik
  • pembiayaan patuh syariah
  • bayaran bulanan tidak membebankan dalam tempoh lima hingga 10 tahun
  • pembayaran semula yang fleksibel
  • peruntukan RM100 juta menerusi Belanjawan 2023

Skim Smart Sewa

  • sewa rumah pada kadar berpatutan
  • penyewa mendapat pulangan 30 peratus selepas menyewa dalam tempoh minima 2 tahun dan maksima 5 tahun
  • 782 individu peroleh manfaat

Skim 2STAY

  • program sewa milik golongan B40 gagal dapat pembiayaan, kurang berkemampuan atau belum ada rumah

Skim Selangorku to ownership (S2-own)

  • seramai 249 pemilik rumah setinggan mendapat Rumah Selangorku Jenis A

Insurans pangsapuri kos rendah

  • bantu penduduk baiki kediaman rosak akibat bencana
  • Selangor tanggung RM4.3 juta baik pulih pada 2022

Skim Ceria

  • baiki kerosakan di 357 pangsapuri kos rendah dan sederhana sejak 2011

Turap jalan demi keselesaan

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim meninjau kerja turapan jalan di Jalan 22/1, Persiaran Jubli Perak, Shah Alam pada 1 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Kerajaan Selangor sentiasa berusaha meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dan keselesaan penggunanya.

Sehubungan itu, kualiti jalan raya terus dipertingkat dengan penambahbaikan kerja penyelenggaraan.

Agensi Kerajaan Negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) melalui Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) diberi tanggungjawab menyenggara jalan negeri seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor.

Antara gerak kerja Kerajaan Negeri bagi proses baik pulih demi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya ialah:

  • pada 2016 Kerajaan Negeri mula kumpul data jalan berlubang daripada aplikasi Waze
  • pada 2022, Selgem bangunkan teknologi aplikasi Penilaian Jalan Pintar (i-RAA) berasaskan sistem kecerdasan buatan (AI) dan pengesanan dan perluasan cahaya (LiDAR)
  • kerja pemeriksaan rutin meliputi pengesanan kerosakan jalan melalui dron dan kamera papan pemuka, pendigitalan aset, aduan media sosial dan aplikasi awam mudah alih, i-RAA
  • kawalan sistem tersebut dipantau melalui pusat kawalan terletak di Ibu Pejabat KSSB dan JKR negeri
  • Sistem Penilaian Kerosakan Rangkaian Jalan Raya (Road Network Defect Assessment atau RONDA) diperkenalkan bagi membantu JKR dan Infrasel menjalankan kerja penyelenggaraan jalan melalui data kerosakan jalan, banjir dan kegagalan cerun
  • kerja baik pulih dan senggara hanya membabitkan jalan negeri diselia JKR dan Infrasel
  • orang ramai buat aduan jalan rosak di Twitter dengan menghantar gambar, menulis aduan dan disertakan dengan tanda pagar #infrasel #daerah #namajalan
  • lebih 80 peratus masalah jalan raya berjaya diselesaikan pentadbiran negeri
  • Infrasel, syarikat penyelenggara jalan itu dianggarkan menerima antara 600 hingga 700 laporan jalan rosak setiap bulan.
  • awal 2023, Kerajaan Negeri umum peruntukan RM50 juta kerja turap jalan rosak besar-besaran meliputi jarak 94.9km
  • Infrasel membaiki 53,207 lopak dan lubang antara 2021 sehingga 31 Mei lalu di semua sembilan daerah negeri ini
  • bermula 2021 sehingga 31 Mei, sebanyak 11,905 kerja tampalan dilaksanakan di Petaling, Kuala Langat (8,843), Sabak Bernam (7,815), Klang (7,548), Hulu Langat (5,203), Sepang (3,712), Kuala Selangor (4,687), Gombak (2,431) dan Hulu Selangor (1,063)

The post Rumah idaman untuk semua, negeri bina lebih 40,000 unit dalam lima tahun appeared first on Selangorkini.