Blog

3 syarikat konsesi air setuju Selangor ambil alih, WSIA ditangguh

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 MEI: Usaha pengambilalihan industri air Selangor melihatkan perkembangan positif apabila dua lagi syarikat konsesi air bersetuju dengan tawaran pengambilalihan ekuiti, aset dan liabiliti air oleh Kerajaan Selangor.

Dua syarikat itu, Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) yang dimiliki oleh Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) dan persetujuan ini tertakluk kepada persetujuan rasmi pemegang saham kedua-dua syarikat itu setelah EGM diadakan kelak.

air-syabas_MB1Keputusan ini dibuat Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili , setelah mendapat maklum balas daripada Kerajaan Selangor dalam satu mesyuarat di antara beliau dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata, keputusan yang dicapai oleh kedua-dua pihak ini adalah langkah pertama ke arah peningkatan pemantapan industri perkhidmatan air di Selangor dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Ini bermakna tiga daripada empat buah syarikat konsesi air di Negeri Selangor setakat hari ini telah menerima tawaran pengambilalihan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sebelum ini pemegang saham ABASS bersetuju kepada tawaran untuk pengambilalihan ekuiti, aset dan liabiliti air yang telah dipersetujui oleh pemegang saham ABASS pada harga RM990 juta.

“Perlu ditegaskan bahawa jumlah penjualan ekuiti, aset dan liabiliti air bagi PNSB, SYABAS dan ABASS yang berjumlah RM6.57 bilion adalah selari dengan jumlah yang telah dipersetujui di dalam Memorandum Persefahaman bertarikh 26 Februari 2014 di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan untuk mengambil alih empat buah syarikat konsesi air di Selangor yang dipersetujui di dalam Memorandum Persefahaman tersebut yang seterusnya ditawarkan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kepada pemegang saham konsesi air di Selangor pada hari yang sama ialah sebanyak RM9.65 bilion,

Dengan perkembangan ini, Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk menangguh penguatkuasaan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) ketika ini oleh kerana tiada keperluan untuk menggunakannya dan keputusan ini juga telah disokong oleh Kerajaan Selangor.

Mengikut persetujuan itu, PNHB menerima tawaran Kerajaan Selangor untuk mengambil alih segala ekuiti, aset dan liabiliti PNSB dan SYABAS masing-masing berjumlah RM2.47bilion dan RM3.11 bilion.

Dalam pada itu, persetujuan telah dicapai di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor supaya bayaran bekalan air pukal Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) disemak semula bagi mendapatkan harga yang munasabah oleh kerana pemegang saham masih tidak bersetuju dengan tawaran Kerajaan Selangor.

Sungguhpun demikian, Kerajaan Selangor masih bersedia untuk meneruskan pengambilalihan ekuiti, aset dan liabiliti SPLASH sekiranya pemegang saham memberi persetujuan kepada harga yang telah ditawarkan oleh Kerajaan Negeri pada 26 Februari 2014.

“Dengan penerimaan tawaran oleh PNSB, SYABAS dan ABASS, Kerajaan Selangor bersetuju untuk meneruskan penstrukturan perkhidmatan air Selangor dengan perbincangan ke arah menandatangani perjanjian jual beli saham di antara KDEB dan pemegang saham kepada ketiga-tiga syarikat konsesi yang disebut di atas.

“Kerajaan Selangor juga akan meneruskan perbincangan untuk menandatangani perjanjian penjualan dan pajak semula aset air dengan Kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

“Penjualan aset air Kerajaan Negeri Selangor kepada PAAB berjumlah RM2 bilion ini akan membantu Kerajaan Negeri menampung keperluan membayar sebahagian daripada RM9.65 bilion bagi tujuan pengambilalihan 4 buah syarikat konsesi air seperti ditawarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bersetuju untuk mempercepatkan penubuhan dan perjalanan jawatankuasa yang akan memantau dan memastikan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (Skim LRAL2) dapat dilaksanakan mengikut jadual sesuai dengan keperluan operasi dan perkhidmatan bekalan air negeri Selangor, dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dengan perkembangan ini juga, semua keperluan dan kelulusan berkaitan tanah dan permit untuk menyiapkan Skim LRAL2 akan segera dikeluarkan oleh Kerajaan Selangor, sepertimana terkandung di dalam MoU yang telah ditandatangani serta Heads of Agreement yang akan disempurnakan bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor.

EZY