Blog

CSR MBI aktif gerak misi bantuan kemanusiaan

Oleh: HAFIZAN TAIB

Walaupun baru setahun jagung, Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) aktif menggerakkan misi bantuan kemanusiaan. Gerak kerjanya bukan sahaja di Selangor malahan menjangkau ke peringkat nasional dan antarabangsa. Ikuti temubual Selangor Kini (Q & A) bersama Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI, Jaafarudin Md Ali.

Bila CSR MBI bermula?

CSR atau Unit Kebajikan dan Kemasyarakatan MBI ini diwujudkan pada Januari 2015 dan pada masa sama saya dilantik mengetuainya. Kelainan yang kita buat iaitu kita menyantuni beberapa golongan sasaran yang kita lihat perlukan pembelaan, kasih sayang dan keprihatinan.

Segala dilakukan Kerajaan Negeri ini adalah langkah baik dalam usaha kepedulian serta pembelaan ke golongan sasaran sepatutnya.

Bagaimana dengan misi CSR MBI?

Sejak enam bulan saya mengetuainya, sudah ada beberapa misi sama ada dalam dan luar negara. Yang boleh kita kongsikan ialah misi bantuan ke Nepal, Jun lalu untuk menyantuni mereka yang terkena musibah gempa bumi.

ust jaafar 2 webKita bukan hanya menyalurkan bantuan kepada mereka tetapi kita berjaya mengislamkan beberapa keluarga. Maknanya kita tidak sekadar menjalankan usaha CSR tetapi boleh juga menamakannya misi dakwah di mana perjalanan lima hari empat malam itu ditanggung sepenuhnya CSR MBI.

Selain itu kita juga menggerakkan misi bantuan dan kasih sayang ke Manik Urai, Kelantan, akhir tahun lalu iaitu membantu dan menyantuni mangsa serta keluarga yang diuji dengan musibah banjir.

Kita menyalurkan pelbagai bentuk bantuan antaranya RM1 juta bagi pembinaan rumah atau perkampungan desa Darul Ehsan di samping Kerajaan Negeri sendiri menyalurkan dana menerusi PKNS.

Selain itu, kita juga menyalurkan dana kilat berjumlah RM1 juta daripada tabung asnaf MBI. Alhamdulillah kita meneruskan lagi misi ke Warsaw, Poland, awal Julai ini apabila kita menyantuni etnik Chechnya iaitu lebih kurang 18,000 orang yang memerlukan perhatian.

Antara yang kita sumbangkan ialah membekalkan tempat sembelihan halal dan sumber bagi mendapatkan daging halal. Ini kerana etnik Chechnya dipaksa untuk memakan daging khinzir di khemah pelarian berkenaan. Maka menjadi tanggungjawab kita bagi menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang kepada meraka.

Namun kita tidak melupakan tanggungjawab di dalam negara di mana pada Ramadan lalu kita menyampaikan sumbangan Aidilfitri khususnya kepada golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim dan sebagainya.

Kewujudan CSR MBI ini amat bertepatan dengan konsep Selangor sebagai sebuah negeri yang mementingkan kebajikan.

Apa peranan dimainkan CSR MBI bagi soal kebajikan di dalam Selangor?

MBI CSR MBI tidak bergerak sendiri iaitu kita ada badan lain yang antaranya Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan yang lain dengan kita sentiasa berhubung dari semasa ke semasa untuk memastikan program dirangka dan dijalankan bukan hanya bertepatan dengan kehendak dan aliran syarak tetapi pada masa sama ia sesuai dan kena dengan sasaran difokuskan.

Bagaimanapun bukan senang untuk kita mengenal pasti sasaran dan golongan yang ingin dibantu. Banyak ujian dan mehnah termasuk cabaran yang terpaksa dihadapi. Bukan hanya soal kerja kejahatan atau perkara tidak baik sahaja yang mendapat kritikan tetapi ada masanya kerja yang lurus dan betul juga kita akan diuji dan diduga.

Kita anggap ini sebagai ujian untuk kita meneruskan usaha kebaikan dan kebajikan di samping kita menyahut saranan hadis Rasulullah SAW iaitu bermakna “Tidak sempurna iman, keyakinan yang ada pada diri kita khususnya umat Islam selagi mana kita tidak menunjukkan kasih sayang, keprihatinan, kecintaan dan sifat ambil berat kepada saudara sesama Islam kita bahkan yang bukan Islam”.

Dengan ini antara pendekatan dibuat adalah meluaskan skop bantuan dengan usaha sama LZS, JAIS serta yang lain di peringkat daerah selain mendekatkan kita dengan masjid dan surau serta pimpinan masyarakat hingga ke bawah.

Setakat ini bagaimana maklum balas diterima daripada umum dalam tempoh terbabit?

Alhamdulillah ianya amat baik. Siapa yang tidak merasa gembira bila menerima sumbangan dan santunan kerana mereka ini ada masanya tidak diendahkan.

nepalIMG_20150602_173152Bila CSR MBI tampil begini dan kumpulan sasaran ini nyata senang dengan wujudnya satu badan yang bersifat peduli terhadap kesusahan dan kepayahan masyarakat di dalam Selangor.

Bagaimanapun dengan tenaga kudrat terbatas dimiliki ketika ini, mungkin belum cukup menyeluruh lagi bantuan dan sumbangan yang mampu dihulurkan dengan sedikit dana yang ada tetapi insya Allah dengan bantuan maklumat dan sumber berterusan daripada pelagai pihak dan umum, kita akan dapat menyebar luas skim bantuan kita.

CSR MBI tidak sekadar menyantuni dan membantu masyarakat Islam tetapi juga membabitkan bukan Islam. Boleh dijelaskan bagaimana?

Kita tidak mengamalkan konsep memilih bulu iaitu tidak hanya menyantuni mereka beragama Islam sahaja tetapi semua yang namanya masyarakat khususnya dalam Selangor.

Mengambil contoh seperti Nepal yang majoritinya rakyatnya bukan Islam yang kita santuni inikan pula rakyat Selangor yang berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.

Tidak ada istilah pilih bulu, perkauman dan perbezaan agama, kita membantu dari hati ke hati. Mudah-mudahan apa yang kita lakukan ini menjadikan hati rakyat Selangor bersatu kukuh dalam wadah sama.

Bagaimana pula ada persepsi pihak tertentu yang mengatakan bantuan disalurkan ada kalanya lambat?

Saya mohon maaf seandainya perkara itu berlaku. In kerana unit ini baharu ditubuhkan dan saya mengetuainya dengan kekangan tenaga kerja yang kurang. Bagaimanapun saya tidak bersendiri dan tidak meminggirkan rakan lain dalam MBI.

Menerusi bantuan maklumat dan sumber diperoleh termasuk dari media SelangorKini dan lain, kita membaiki segala kekurangan dengan penambahbaikan melalui skim bantuan disalurkan.

Alhamdulillah dalam tempoh enam bulan ini, kita mencapai kemajuan menggalakkan berharap ianya berterusan dengan perancangan lebih teratur dan sempurna.

Apa perancangan seterusnya bagi memperkasakan unit CSR MBI?

Mana-mana unit dan badan akan ada misinya dan matlamatnya, begitu juga CSR MBI. Kita harap dengan matlamat apa yang kita agihkan dan kongsikan bukan hanya berbentuk pemberian semata-mata.

NEPAL BANTUKita berharap golongan lemah dan miskin yang perlukan bantuan dari semasa ke semasa dapat membaiki kualiti kehidupan mereka supaya keluar dari kepompong kepayahan.

Matlamat seterusnya iaitu kita berharap dengan segala diusahakan ketika ini mudah-mudahan rakyat Selangor khususnya dapat melihat bahawa kesungguhan CSR MBI dengan dinaungi Kerajaan Negeri ketika ini bersungguh-sungguh untuk kita menzahirkan kepedulian, kasih sayang dan keprihatinan kepada mereka yang memerlukan dan seterusnya mendapat redha daripada Allah SWT.

Walaupun Selangor menjadi negeri yang maju tetapi masih ada golongan di bawah garis kemiskinan. Apa usaha CSR MBI bagi membantu mereka dan berapa peratus dibantu setakat ini?

Mana-mana negeri maju akan ada dugaan dan ujian. Itulah sunnatullah. Kalau kita sebut negara maju seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat, Jerman dan sebagainya, mereka juga ada kadar kemiskinan masing-masing. Dengan adanya golongan semacam ini maka wujudlah CSR dan wujud tangan yang nak memberi.

Sebenarnya yang diuji bukan hanya mereka yang di dalam kesusahan dan kepayahan tetapi kita dipertanggungjawabkan juga sedang diuji. Sejauh macam sensitiviti dan kepedulian kita? Apa persepsi kita apabila melihat orang susah, golongan fakir, lemah, orang kelainan upaya (OKU) dan sebagainya? Apa rasa kita?

POLANDBukan pula saya mendoakan ada orang susah tetapi itulah bentuk kerja Allah SWT yang mana memberi peluang golongan sasaran menduduki dalam Selangor dengan ditadbir pemerintah dengan unit diamanahkan untuk menyantuni mereka.

Saya tidak dapat menyatakan dengan jelas dari segi peratus tetapi yakin dalam tempoh masa dengan komitmen dan kepimpinan tinggi Kerajaan Negeri, CSR MBI akan meneruskan usaha kebajikan ini serta meluaskannya tidak hanya seluruh Selangor tetapi seluruh tanahair termasuk menyebar luasnya ke selurh dunia. InsyaAllah.

Kalau di Selangor sendiri ada masalah kemiskinan, kenapa nak menghulurkan bantuan di luar Selangor?

CSR MBI memang memberi fokus dan keutamaan khusus kepada Selangor, bagaimanapun kita tidak boleh melupakan tanggungjawab kepada masyarakat lain di luar. Elemen kita iaitu kita berdiri dan wujud dengan doa, harapan dan sangka baik masyarakat yang mana bukan hanya di dalam Selangor tetapi daripada luar.

Saya umpamakan macam satu keluarga apabila kita mempunyai sejumlah empat lima orang anak yang kita bantu dari segi bantuan persekolahan, makan pakai dan yang lain tetapi ianya pada masa sama tidak menghalang kita bagi membantu anak orang lain.

Dalam Islam ia bukan hanya memberi fokus atau menjuruskan kepada skop atau kepompong yang kecil sahaja tetapi ia merangkumi persekitaran lebih luas.

Insya Allah kita berusaha untuk mengimbangi kerja kebajikan di dalam Selangor dan juga di luar. Harapan kita moga tidak ada pihak yang mempertikaikan dan menyalahertikan dengan menyatakan CSR MBI banyak ke luar dan tidak menyantuni masyarakat di Selangor.

Buktinya dalam Ramadan lalu, kita sudah menyalurkan bantuan zakat sebanyak RM2.5 juta kepada LZS tidak termasuk sumbangan peribadi saya dan rakan-rakan MBI lain untuk kumpulan memerlukan.