Jelajah bantuan rakyat di Sepang, Petaling hujung minggu ini

SHAH ALAM, 8 MAC: Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) anjuran Kerajaan Negeri bagi mempromosi pelbagai inisiatif baharu untuk rakyat diteruskan di daerah Sepang dan Petaling pada Sabtu dan Ahad ini.

Program yang dahulu dikenali sebagai Jelajah Selangor Penyayang (JSP) akan berlangsung di Pusat Penjaja Taman Putra Perdana, Puchong pada 11 Mac diikuti keesokannya di padang permainan PJS 2D/16,
Desa Mentari 3, Blok 11 bermula 9 pagi.

Jelajah tersebut akan diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya pameran, jualan makanan, saringan kesihatan, dialog awam, sukan rakyat dan Jelajah Ehsan Rakyat.

Fasa pertama JKSP membuka tirainya pada 18 Februari di Klang yang dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari manakala Rumah Terbuka Aidilfitri dan Rewang Sekampung mulai 28 April hingga 14 Mei.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar mengumumkan program berkenaan yang dianjurkan bermula Jun tahun lalu akan berlangsung sehari bagi setiap lokasi dengan pengisian lebih padat.

Jelajah yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) sebelum ini dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta bagi memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

The post Jelajah bantuan rakyat di Sepang, Petaling hujung minggu ini appeared first on Selangorkini.