Selangor jaga keselamatan, kebajikan rakyat harungi gelora Covid-19

SHAH ALAM, 24 JULAI: Di sebalik kegalauan penularan Covid-19, Selangor terkehadapan menjaga keselamatan dan memastikan rakyat bertahan mengharung cabaran ekonomi.

Langkah awalnya ialah membentuk Selangor Task Force Covid-19 (STFC) dan mengumumkan Pakej Selangor Prihatin (Prihatin), dua hari selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama.

Berikut antara inisiatif Kerajaan Negeri ketika wabak. Perincian usaha menggempur pandemik boleh didapati dalam Laporan Pencapaian & Prestasi Kerajaan Negeri Selangor 2018-2023 pada laman sesawang amirudinshari.com.

Selangor Task Force Covid-19 (STFC)

Antara idea STFC dijadikan inisiatif ialah

  • Memperkenal aplikasi SELangkah merekod data taburan pesakit dan peta risiko wabak
  • Menggerak saringan bersasar kepada golongan dan kawasan berisiko tinggi.
  • Memperkenal panduan membabitkan majikan untuk mencegah penularan dalam kalangan pekerja
  • Menubuh Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (Suka) sebagai pasukan pendidik berkaitan pengurusan Covid-19
  • Melaksana program Vaksin Selangor (Selvax) bertujuan mencapai imuniti kelompok.

Pakej Kita Selangor

Pakej memperuntuk RM73.877 juta dan melibatkan 12 inisiatif. Antaranya

  • Mansuh RM7.177 juta pinjaman pelajaran Yayasan Selangor
  • Peruntukan RM6.7 juta untuk program mesra rakyat
  • RM6 juta untuk program saringan bersasar
  • RM3 juta bantuan makanan petugas barisan hadapan
  • Bantuan RM2 juta untuk petani
  • Pengecualian dan penangguhan bayaran sewa projek perumahan rakyat dan ‘council homes’ bernilai RM1.7 juta
  • RM1.3 juta pemberian bakul makanan
  • RM1 juta untuk inisiatif peduli anak barisan hadapan
  • RM1 juta untuk Skim Smart Sewa
  • Pengangkutan pesakit Covid-19 risiko rendah
  • Kit SELangkah untuk pengawasan kendiri di rumah
  • Program Tuisyen Rakyat untuk pembelajaran di rumah

Pakej Kita Selangor 2.0

Pakej memperuntuk RM551.56 juta melibatkan 26 inisiatif dan dilaksana mengikut tiga strategi iaitu

Strategi 1

  • Program bakul makanan bernilai RM3.28 juta,
  • RM1.5 juta bantuan mangsa Covid-19 meninggal dunia
  • Bantuan khas RM500 untuk orang kurang upaya
  • Moratorium usahawan Hijrah Selangor selama satu setengah bulan dengan impak kewangan RM11.35 juta
  • Talian khusus untuk aduan keganasan rumah tangga
  • Penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran bagi graduan 2021
  • Dana RM500,000 melaksana Program Tuisyen Rakyat
  • RM500,000 untuk kendali portal eptrs.my
  • Penangguhan bayaran sewa PPR dan smart sewa
  • Bantuan RM1.9 juta untuk pengusaha dan guru pendidikan awal
  • Penangguhan bayaran pinjaman pelajaran biasiswa Yayasan Selangor
  • Bantuan RM1.5 juta untuk mahasiswa Selangor
  • Bantuan RM2.55 juta untuk sektor pelancongan negeri
  • Bantuan internet RM17.5 juta
  • Perkenal Skim Internet Selangor kategori M40

Strategi 2

  • Tambahan RM200 juta untuk Selangor Advance
  • RM10 juta untuk jaminan bekalan makanan
  • RM1.5 juta untuk program Agro Prihatin
  • RM1.93 juta untuk meningkatkan hasil tani
  • RM80 juta untuk pinjaman Hijrah
  • Melaksana PLATS Selangor

Strategi 3

  • RM10.7 juta melaksana ujian saringan Covid-19 komuniti fasa tiga
  • RM1.25 juta untuk pemberian alat penilaian Covid-19 di rumah
  • Rebat RM1 juta pengangkutan ke tempat mengambil vaksin
  • RM500,000 untuk kawalan kesihatan tempat kerja
  • RM200 juta melaksana vaksinasi Covid-19

The post Selangor jaga keselamatan, kebajikan rakyat harungi gelora Covid-19 appeared first on Selangorkini.