Negeri perkenal lebih 40 inisiatif bantu rakyat memerlukan

SHAH ALAM, 23 JULAI: Sejak Julai 2022, Kerajaan Negeri menyusun 47 program bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP). Selain untuk semua warga Selangor, ISP menumpukan usaha meringankan beban kumpulan pendapatan rendah (B40) negeri ini.

Dibahagikan enam sektor, Iltizam Pemberdayaan Rakyat Selangor mempunyai 12 inisiatif, Iltizam Kesihatan Selangor (11 inisiatif), Iltizam Pendidikan Selangor (8 inisiatif), Iltizam Perumahan Selangor (7 inisiatif), Iltizam Keusahawanan Selangor (4 inisiatif) dan Iltizam Mesra Anak Selangor (5 inisiatif).

Maklumat lanjut 47 inisiatif ISP boleh dirujuk dalam Laporan Pencapaian & Prestasi Kerajaan Negeri Selangor 2018-2023 di laman sesawang amirudinshari.com

Berikut jumlah penerima manfaat inisiatif ISP dalam lima tahun ini mengikut kesihatan, perumahan, kos sara hidup dan kebajikan, belia dan pelajar, usahawan dan wanita dan keluarga.

Kos sara hidup dan kebajikan

Pengguna Bas Smart Selangor mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal sebelum menaiki pengangkutan awam itu di hentian bas Seksyen 13, Shah Alam pada 5 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
  • Bas Smart Selangor

Perkhidmatan bas percuma merekod 51,281,596 penumpang

  • Jualan Ehsan Rakyat

Jualan keperluan asas pada harga lebih rendah daripada harga pasaran memanfaat lapan juta orang

  • Pengecualian cukai pintu

Sebanyak 2,536,869 rumah kos rendah dan kampung dapat pengecualian cukai taksiran

  • Skim Air Darul Ehsan (SADE)

Air percuma 20 meter padu setiap bulan kepada 1,158,854 kediaman

  • Pengecualian fi lesen penjaja

Pengecualian fi lesen 495,999 penjaja dan peniaga kecil

  • Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS)

Seramai 417,003 warga emas dan 24,877 orang kelainan upaya (OKU) mendaftar

Peserta program Jom Shopping Skim Mesra Warga Emas DUN Selat Klang memilih barangan keperluan harian di Econmart Sungai Bertih, Jalan Yadi pada 30 September 2019. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
  • Jom Shopping Perayaan

Seramai 395,489 golongan B40 menerima manfaat baucar RM200 sempena perayaan.

  • Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)

139,150 isi rumah pendapatan kurang RM3,000 menerima manfaat RM300 setiap bulan

  • Roda Darul Ehsan (RiDE)

Seramai 6,227 belia terlibat industri e-panggilan dapat subsidi lesen motor

  • Dana Bantuan Guaman Selangor

Seramai 31 orang dapat guaman percuma dengan subsidi RM1,500 oleh Kerajaan Negeri

  • Pusat Kehidupan Berdikari (ILC)

Pusat latihan pekerjaan dan pemberdayaan golongan OKU sasar untuk membolehkan mereka berdikari

Belia dan pelajar

  • Program Tuisyen Rakyat Selangor

Membantu 166,853 calon Sijil Pelajaran Malaysia dan murid tahun enam menerusi pembelajaran dalam talian

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenjarom Mohamad Ikwan Adam Azha, 18, mengikuti teknik menjawab soalan melalui portal Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) di kediamannya di Jenjarom, Kuala Langat, Banting pada 4 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
  • Iltizam Pendidikan Fardhu Ain

Memanfaat 38,632 murid keluarga B40 di 296 KAFAI seluruh Selangor dengan subsidi yuran RM30 sebulan

  • Iltizam Mahasiswa Selangor

Seramai 18,350 anak Selangor menerima manfaat bantuan RM1,000 di institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi diploma dan sarjana muda

  • Peduli Siswa

Seramai 3,987 anak Selangor menikmati pembiayaan pendidikan peringkat Sijil/Diploma/Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam negara

  • Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor

Sebanyak 3,981 sekolah di Selangor menerima bantuan kewangan pembangunan dan baik pulih infrastruktur

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan Bantuan Sekolah Negeri Selangor sempena Jelajah Selangor Penyayang di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
  • Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU)

Seramai 3,551 anak Selangor daripada keluarga B40 menerima bantuan yuran asas mahasiswa

  • Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS)

Seramai 2,244 mendapat latihan kemahiran dan pembangunan usahawan berorentasi kemahiran

Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS)

Seramai 608 pelajar B40 memperoleh pinjaman komputer untuk pembelajaran di rumah

Wanita dan keluarga

  • Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS)

Seramai 21,236 ibu bapa menerima bantuan yuran tadika RM50 sebulan bagi anak berumur
5 dan 6 tahun

  • Iltizam Anak Selangor

Seramai 5,899 mendaftar akaun Sijil Simpanan Premium Nasional (SSPN) Prime bagi anak lahir mulai 2022. Diberi RM100 setahun untuk tempoh lima tahun

  • Iltizam Anak Istimewa Selangor (ANIS)

Seramai 4,284 orang mendapat inisiatif anak istimewa

Murid menjalani ujian penglihatan ketika program Saringan Penentuan Murid Berkeperluan Khas (MBPK) Selangor anjuran Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) di Dewan Serbaguna Seksyen 7 Bandar Baru Bangi pada 19 Jun 2023. Foto Facebook Jabatan Anak Istimewa Selangor
  • Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar)

Sebanyak 3,263 keluarga B40 menerima bantuan yuran taska bulanan RM100 bagi anak usia 4 tahun ke bawah

  • Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Kanak-kanak (IMPAK)

Seramai 352 wanita mendapat kursus mengasuh kanak-kanak di rumah

Perumahan

  • Insurans pangsapuri kos rendah

Seramai 39,367 menerima polisi perlindungan bencana alam, kerosakan bangunan untuk pangsapuri kos rendah

  • Skim Rumah Selangorku

Seramai 26,078 miliki kediaman mampu milik melalui skim ini

Rumah Selangorku Residensi Adelia, Kajang. Foto ARKIB SELANGORKINI
  • Skim Smart Sewa

Seramai 782 peserta skim memperoleh rumah sewa pada kadar berpatutan berbanding harga sewa pasaran

  • Skim Selangorku to ownership (S2-own)

Seramai 249 pemilik rumah setinggan mendapat Rumah Selangorku Jenis A dalam skim ini

  • Skim Ceria

Penduduk di 48 pangsapuri kos rendah dan sederhana dapat membaiki kerosakan

  • Program bina baru dan baik pulih rumah kerajaan prihatin

Seramai 38 golongan B40 mendapat inisiatif membina dan membaik pulih rumah

  • Skim 2STAY

Program sewa milik bagi golongan B40 yang gagal dapat pembiayaan, kurang berkemampuan atau belum mempunyai kediaman

Kesihatan

  • Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN)

Seramai 5.24 juta rakyat Selangor berumur antara 30 hari hingga 80 tahun dilindungi insurans kemalangan diri berkumpulan percuma

  • Iltizam Selangor Sihat

Seramai 1,065,625 orang menerima perkhidmatan rawatan asas dan manfaat insurans

  • Selangor Mental Sihat (SEHAT)

Saringan awal, talian SEHAT, subsidi rawatan psikiatri, pembangunan modul serta latihan kaunselor memberi manfaat kepada 529,832 orang

Petugas kesihatan mengambil sampel darah ketika program Selangor Saring dan Derma Darah di Klang Parade, Klang pada 7 Ogos 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
  • Program Saringan Kesihatan Percuma (Selangor Saring)

Program saringan kesihatan (tekanan darah, air kencing, kandungan gula) percuma memanfaat 28,691 orang

  • Bantuan Sihat Selangor

Bantuan rawatan dialisis, alatan perubatan, katarak mata, pembedahan kecil, kaki palsu dan lain-lain memanfaat 11,081 orang

  • Pemeriksaan kesihatan mata

Seramai 10,464 rakyat mendapat pemeriksaan mata percuma

  • Ujian Saringan Selangor Kanser (SELCan)

Seramai 9,014 orang menjalani saringan kanser (mammogram, prostat, kolorektal dan pangkal rahim) percuma

  • Program Anak Selangor Anak Sihat

Seramai 1,825 kanak-kanak umur 5 tahun dan ke bawah yang kurang zat makanan mendapat bantuan nutrisi

  • Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL)

Seramai 1,651 wanita berumur 50 tahun ke atas menjalani pemeriksaan mammogram, biopsi dan ultrasound percuma

  • Rawatan tuberculosis

Seramai 2,762 pesakit tuberculosis memperoleh bantuan kewangan untuk rawatan

  • Skim rawatan jantung

Seramai 1,777 pesakit jantung mendapat bantuan kos rawatan

Usahawan

  • Skim Hijrah Mikro Kredit

Seramai 36,623 usahawan memperoleh pinjaman mikrokredit daripada RM5,000 hingga RM100,000

Usahawan Hijrah Selangor Mahmud Mastam memberi arnab makan dalam program Kembara Sukses Hijrah Selangor di Jalan Kebun, Shah Alam pada 8 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
  • Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri

Seramai 2,061 menerima orang bantuan mesin dan peralatan bernilai sehingga RM10,000.00

  • Dana Usahawan Mikro Selangor

Seramai 709 usahawan pendapatan RM300,000 ke bawah mendapat bantuan peralatan bernilai sehingga RM30,000

  • Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (I-SEED)

Seramai 552 usahawan kecil India memperoleh bantuan peralatan bernilai sehingga RM10,000

The post Negeri perkenal lebih 40 inisiatif bantu rakyat memerlukan appeared first on Selangorkini.